Tuesday

untuk apa lagi

by Harun Jaafar on Tuesday, August 23, 2011 at 3:00am


kali ini

perlukah lagi dipertahankan hati

memujuk jiwa yang makin lara

memujuk hati yang makin sedih

oleh sindiran dan cemuhan

lontaran kata yang kian memedih

mengungkit kesilapan silam

dengan ungkapan kebencian

menyamakan diri ini

bagai manusia lain yang tiada hati

yang tiada perasaan

yang hanya pembawa aniaya

mengundang berjuta sengsara.


kali ini

ku semakin tidak mampu lagi

mempertahankan jiwa ini

yang kian dirundung kecewa

pabila segala baikku tiada erti

segala lembutku tiada makna

segala sayangku tiada diperlu

segala kasihku tiada diharap

segala simpatiku seakan sia-sia

mahu apakah lagi

ku buat dan ku lakukan

dalam memperbaiki segalanya

demi pertahankan diriku ini

kerana tiada sedikitpun niat menganiaya

tiada sedikitpun mahu hancurkan

segalanya itu

demi mahu selamatkan

maruah dan harga diri

yang ku jelas nampak

akan teraniaya sekali lagi

ku terpaksa lakukan

biar

kesannya aku menjadi salah

aku menjadi pelaku aniaya

aku menjadi pemusnah

aku menjadi manusia jahat

jahat hati

jahat perasaan

jahat segala-galanya

biarlah

demi aku berjaya halang

mungkin buat seketika


kali ini

apa lagi yang perlu dipertahankan

pada hati yang selamanya kian memedih

untuk mengumpul secangkir bahagia

dalam mempertahankan janji dulu

yang telah diminta dan dirayu

yang dengan itu mengundang cinta

mengundang sayang

mengundang rindu

mengundang setia

mengundang kejujuran

yang kekal abadi

selamanya

yang tidak pernah berubah

yang makin kuat dihati

memendam rasa

mempertahan cinta kasih

kerana bukan mudah

untuk jatuh hati

bukan mudah jatuh sayang

pada siapapun


mengapa perlu dipertahankan lagi

pada diri itu

yang tidak setia

pada janji dan rayunya dulu

tapi

kutetap berharap kembalinya

pada janjinya yang dulu

mahu selamanya bersama diri ini

mahu selamanya jangan pergi

mahu selamanya kekal berkasih

kekal kealam bahagia


kali ini

perlukah aku kekal lagi di sini

menjadi pembantu dan penolong

pada kehidupan itu

yang bantuku tiada dihargai

yang tolongku tidak bernilai

untuk apa

ku masih ada lagi

sedangkan aku hanya manusia hina

ku buat semua demi sayang amat

demi kasih amat

bagai aku yang dulu

tidak sedikitpun berubah

ku lakukan demi berharap

dapat kutebus silapku itu

dapat ku selamatkan cinta suci

kerana sayangku tidak pernah berubah

kasih ku tetap kekal begitu

mengharap bertaut semula

agar hatinya kembali

memadu semula janji yang dulu

setia semula pada hatiku

setia semula pada janji itu.


kali ini

untuk apa lagi diharap

sedang ku sedar diriku tiapa makna

sedang diriku tiada diharga

sedang diriku bukan ditunggu

sedang diriku cuma diperlu

saat kesusahan yang menghimpit

kerana boleh memperoleh senang

terasa benar ku diperguna

sedang aku

terus dianggap pemusnah

pada tidak setianya itu

pada kehidupan baru

yang memedihkan hatiku

yang meminggirkan diriku

yang pedihnya Allah yang tahu.


kali ini

untuk apa lagi

ku pertahankan segalanya

kerana ku sedar ada yang lain

yang sedang ditunggu

yang sedang dinanti

yang tempohnya semakin hampir

yang masanya semakin mendekat

yang nantinya pasti ku sengsara lagi

walau ku sedar perginya ke situ

mengundang sengsara bagai dulu

mengundang derita lebih lagi

biarlah

biarlah itu mahunya

ku tidak berhak menegah lagi

ku tidak berhak menahan

ku tiada berhak apa-apa

aku cuma menjadi pemusnah sahaja

itu katanya

pergilah

pergilah kemana pun semahunya

kerana tidak setia itu

tidak perlu dipertahankan lagi

pergilah ke mana pun

jika itu mengundang bahagia

pada kehidupan akan datang


kali ini

seharusnya aku yang pergi dulu

sebelum tempoh itu mendekat

sebelum saat kecewa ku menghampir

sebelum diriku terus terusir sekali lagi

jika dulu tanpa ku sedar

kini untuk apa kupertahankan

kerana ku sedar aku tiada harga lagi

yang berguna cuma saatnya susah

yang ada harga masanya sengsara

yang kini hidupnya bebas

kini ada yang lain lebih hebat

lebih segalanya bersalut keemasan


kali ini

aku hanyalah penunggu sial

yang mengundang sengsara

berharap agar diri diterima dan dihargai

yang cuma sia-sia

kerana aku bukanlah

yang diterima bagai dulu

bukan juga yang dirayu dulu

bukan juga yang setia pada harapan dulu

aku hanyalah

penanti dan pecacai sahaja

yang menjadi tempat mendapat senang

pada hidupnya yang sering terhimpit

diriku kini

persis umpama banjingan dicelah alam

yang tidak diperlukan di mana-mana.

No comments:

Post a Comment