Sunday

Bila Hatiku Membisik Sendu

pada dinihari ini

hatiku menjadi sayu kembali

air mataku tetiba terus menderu

sedih dan pedih terus bercampur-baur

ku terasa diriku begitu jauh terasing

dalam mencari sebuah percintaan sejati

merayu pada seorang kekasih

mengharap cinta teranyam kembali

cinta yang terus mekar di hatiku sejak dulu

yang putihnya bak salju

yang turunnya memutih di kamar hatiku

tetapi cintaku rupanya tak diterima di mana-mana

hancurnya hati lelakiku ini

kerana cinta yang terbina ini kian tersisih

dari hati seorang kekasih yang amat ku sayang

yang ingin pergi dari cintaku

meninggalkan berjuta rindu yang pedih

kutahu siapalah diriku

apalah ada pada cinta dan kasihku ini

biar sedalam dan seikhlas manapun

cintaku cumalah cinta suci di angin lalu

yang sampai masanya ditiup pergi

hilang terus dari hati seorang kekasih

kerana aku cumalah insan tak punya apa-apa

tak pernah tahu diri

kerana ku sedar diriku hanyalah seekor lalat hina

yang hadirnya tak diperlu di mana-mana

kenapalah begini nasibku

setelah sekian lama aku menyinta

dan sekian lama merasa dicinta

tetapi rupanya cintaku tak bernilai

tiada berharga langsung padanya

alangkah hancur luluh hatiku ini

pedihnya jadi begini

mengapa tak dicabut sahaja rohku

agar pergi dari jasadku ini

kerana sudah pastinya aku merana sekali

bertahun kusemaikan percintaan ini

dari sebuah pertemuan yang tak terduga

terus mekar di jambangan maya ini

tapi sekelip mata hancur begini

bersalah apakah aku padamu

berdosakah aku padamu

kerana cintaku disingkirkan begini

cintaku yang lahir dari seluruh jiwaku

akan terbiar kering dan layu

pada dinihari ini

air mataku terus menderu

mengenangkan hari esok yang pedih

esok yang entah bagaimana lagi

esok yang kejam pada hatiku

sedih dan hancur luluhnya jiwaku

kerana cinta, kasih dan sayangku tak bernilai pun

tiada harga apa-apa

tiada harapan untuk ku selamatkan

kisah cintaku yang lama kusemaikan

ku bajai dengan sejuta kejujuran

ku sirami dengan sejuta kesetiaan

tapi kini layu juga dihatiku yang sendu.

pada dinihari ini

terbuka.pintu mimpiku yang waktunya tak menentu.
kadangkala keliru dan putus asa.
biarkanlah ku menahan sebak di hati

sendu di jiwa yang semakin tegar

kerana aku kini sudah tidak bererti lagi

hatiku sudah tiada apa-apa lagi

yang tinggal cumalah kehancuran

dari sebuah tugu percintaan