Wednesday

di mana silapnya


hari ini

hati masih sedih

jiwa hilang entah ke mana

semangat menjadi abu
sayu bercampu baur
kerana dipaksa redho atas segala ketentuan
hanya doa kudus penuh keikhlasan

yang mampu ku kumpul dan ku panjatkan
agar segala pilihan yang telah diucapkan
akan berubah kembali
sebagai yang selamanya hati pertaruhkan.
biarlah sejuta kesedihan itu karam
bersama sekeping hati yang tegar
yang akan terus kekal menjadi tugu disini.
mempertahankan kehancuran sebuah percintaan.
agar runtuhannya akan terbina kembali
menjadi sebuah kota yang agung

hari ini

marilah kita mulakan semula
jejak-jejak silam pertemuan tak terduga itu
yang menjadi rentetan perjalanan kenangan
yang sukar kulupakan setiap liku-likunya
sehingga kita bersama sampai dinoktah ini
memisahkan dua hati

yang selamanya payah ku terima

kerana hatiku tidak pernah inginkan ini

melepaskan hati itu yang selamanya dalam hatiku

yang kini ku pasrah merelakan terpisah jua

hari ini

marilah kita mulakan semula
mencari dimanakah silapnya segala punca
yang merobek duka mengoyak sengsara
pada sekeping hati yang semakin pasrah
semoga kita kembali ke asalnya
kembali ke asal pencarian

mengesan jejak-jejak keturunan silam

antara megat dan wan

keturunan yang menjadi tuan

keturunan yang bukan hamba orang

hari ini

mengapakah setelah bersama ditemui

asal keturunan yang kita sama cari

kita terpisah dari bersatu hati

sungguh mahal erti pencarian ini

terpaksa dibayar dengan sebuah perpisahan

yang tidak pernah terduga oleh hati

semoga doa yang ada ini

akan menyambungkan semula

dua hati yang akan mewarisi

pertalian darah keturunan ini.