Tuesday

bila hati tersentuh jiwa meruntuh

by Harun Jaafar on Monday, August 22, 2011 at 5:01pm facebook

adakala hati tersentuh

jiwa semakin rapuh

menahan sendu yang mendatang

menerawang memenuhi ruang

yang kian hari kian usang

dalam sekeping hati

yang tidak berharga

walau diserahkan sepenuh raga

walau dicurah sepenuh rasa

dengan sebuah harapan

bukan mainan seloka

bukan mainan bahasa jiwa

tapi benarnya dirasa

benarnya dikemuka

agar ada rasa

ada sentuhan jiwa

menerima hati itu

menjadi bertaut semula

bagai satu waktu

di kehidupan dulu

adakala

hati tidak lagi diperduli

lontaran kata mengungkit

menyentuh jiwa menjadi pedih

hendak kemana dibawa pergi

hati yang penuh luka

kerana sebuah harapan

menjadi semakin terpinggir

kerana tidak terbuka

hati itu menerima diri

yang selamanya setia

selamanya begitu

tidak berubah

bagai permulaan yang dulu

betulkah diri

dengan pengorbanan ini

mahu menjaga diri

mahu menjaga segalanya

walau tidak pernah dihargai

perlukah dibawa pergi

hati yang sering pedih

meninggalkan diri itu

kerana bagai tiada apa lagi

yang diharap

yang perlu digarap

akan terbina istana indah

yang hati tetap harap

akan berdiri megah

di satu waktu nanti.

perlukah dibawa pergi

diri bersama hati yang sedih

jauh dari segala-galanya

kerana masih terasa lagi

diri diperlu

bila diri itu tidak mampu

meneruskan hidup yang menghimpit

kerana hati sesungguhnya

tidak akan biarkan

diri itu terhina lagi di mana-mana

kerana tidak akan dibiarkan lagi

diri itu mengemis simpati

dari sesiapa jua

kerana diri tetap setia

mempertahan janji dulu

yang tidak akan pergi

meninggalkan diri itu

kerana cinta bukan satu mainan

sayang bukan cubaan

tapi akan kekal utuh

tegar sampai bila pun

walau diri itu pernah pergi

meninggalkan hati punah kecewa

namun hati tetap harap

diri itu kembali

dengan hati yang dulu

ke pangkuan diri

yang kekal begini

perlukah diri terus berdiri

di sini lagi

dengan sebuah harapan

yang entah bagaimana

kerana ucapan diri itu

semakin hari semakin memedih

bagai sudah tiada apa lagi

untuk hati mengharap merintih

terkunci rapat hati itu

menolak diri benci sekali

pada Maha Esa ku berserah

akan aku berishtikarah

moga diri tidak perlu lagi

ada disini dengan satu harapan

yang selamanya tidak diterima

yang selamanya menjadi sia-sia

biar

biarlah diri pergi jauh

kerana tiada apa-apa lagi di sini

untuk ditunggu dan diharap

pada diri yang menanti yang lain

yang menunggu yang lain

yang tiada apa lagi

untuk diri pertahankan

hati tidak mahu punah sekali lagi

andainya diri itu pergi lagi

pada yang ditunggu

tempoh 3 bulan itu

buat diri menjadi sendu

apakah sekali lagi kecewa lagi

biarlah

biarlah diri pergi sebelum itu

moga diri itu bahagia

selamanya hati tidak diharga

biarlah hati pergi dengan lara

moga diri itu pergi ke situ

moga bahagia.

kerana itu dia tunggu.

No comments:

Post a Comment