Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang terbuka. Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat.
Sunday
Kubaitkan kata-kata indah....
Kurangkap-rangkap agar menjadi indah....
Dengan penuh kasih dan sayang....
Ku rungkaikan satu persatu isi hatiku...
Agar dikau mengerti akan perasaan ini....
Ku siulkan aura cintaku kepadamu....
Agar dapat dikau rasainya dengan tenang....
Kekasih hatiku...lihatlah kesini.....
Lihatlah taman hatiku.....yang hanya ku hiasi untukmu....
Kususun kata-kata cintaku untuk dijadikan dinding-dinding rindu.....
Kulekatkan kasihku agar menjadi sayang diantara kita....
kuwarnainya agar menjadi corak yang indah di dalam perjalanan cinta antara kita....
Pimpinlah tanganku...genggamilah jemariku......
Agar kita seiring dalam melewati taman cinta ini....
sesungguhnya ku amat sayang dirimu
Di sini
hatiku semakin layu
Perasaan semakin tandus
Jiwa semakin kosong
Harapan tinggal harapan
Cinta ku hilang entah ke mana
Rindu ku telah lama di bawa pergi
Yang tinggal hanyalah sedih dan sendu
Di sini
ku sedar cintaku tidak berharga
Kasihku tidak pernah diterima
Sayangku tidak pernah bernilai apa-apa
Biarpun segalanya telah ku korbankan
Tapi aku terus gagal dalam pertarungan
Untuk memenangi hati seorang wanita
Di sini
mungkin hayatku tak lama lagi
Saat tiada ku nanti baru mungkin agaknya
Cinta ku diingati
Sayang ku dihargai
Kasih ku dikenang
Kerana tika itu tiada sudah diri ini
Yang sering bagai tiap hari kini
Ku ambil tahu segalanya
Susahnya
Sakitnya
Apa sahaja ku ambil tahu
Kerana aku benar-benar sayang
Cinta dan amat ingin menjaganya
Di sini
Biarlah aku pergi dengan hati ini
Yang semakin sayu
Yang semakin rasa terasing
Yang semakin rasa tersisih
Biarlah semoga segala harapan ini
Ku bawa bersama duka hatiku
Ku bawa bersama sendu jiwaku
Agar tiada lagi nanti yang tinggal
Apa-apa untuk diingatkan lagi
Oleh dirinya yang punyai orang lain
Semoga satu hari nanti
Bahagia yang dicarinya itu
Akan datang bagai dimahunya
Aku bukanlah lelaki baik
Dan bukan juga seorang mulia
Yang layak untuk memiliki dia
Aku cumalah sang perindu sepi
Yang hanya layak dikeji dan dibenci
Yang sering meratap dan menangis pada
Malam kelam ketika diri terasa disisih
Semoga tiada ku nanti akan membawa bahagia
Untuknya yang benar-benar aku sayang
Biarlah diri ku menjauh dari hidupnya
Kerana itulah yang dimahunya
Aku bukan terbaik untuknya……..