Wednesday

Kekeliruan Identiti Menjadikan Kita Hilang Arah

Orang politik melayu-muslim kita, hampir kesemua aliran yang ada sedang kegilaan mendapatkan kuasa. Bagaikan seseorang yang sedang jatuh cinta yang terlampau dan sanggup mengorbankan apa sahaja. Bak kata P.Ramlee: “Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia. Kepentingan sendiri tidak diingini, bahgia kekasih saja yang diharapi”.

Saya baru sahaja berjumpa dengan YAB Perdana Menteri secara peribadi di pejabatnya pada hari Khamis lepas. Saya memberikan pandangan dalam beberapa perkara. Antaranya mengenai tuntutan memaklumkan keislaman seseorang yang baru menganut Islam kepada keluarga. Saya bertanya maksud beliau, kerana saya amat tidak bersetuju jika itu dijadikan syarat.

Beliau memberitahu kepada saya itu bukan syarat pengesahan pendaftaran. Beliau akan membuat penjelasan nanti. Saya berterima kasih dan lega. Jika tidak, saudara-saudara muslim kita yang baru akan menjadi mangsa, sama ada tekanan keluarga atau tekanan undang-undang. Maka betapa Islam yang menjadi agama rasmi negara ini, penganutnya pula tertindas. Di manakah identiti islam dalam negara ini?

Melihat fonomena semasa, amat mendukacitakan kita. Orang politik melayu-muslim kita, hampir kesemua aliran yang ada sedang kegilaan mendapatkan kuasa. Bagaikan seseorang yang sedang jatuh cinta yang terlampau dan sanggup mengorbankan apa sahaja. Bak kata P.Ramlee: “Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia. Kepentingan sendiri tidak diingini, bahgia kekasih saja yang diharapi”.

Saya fikir ramai di kalangan para pemimpin politik yang beragama Islam kita yang mungkin jika menyanyikan lagu ini semula maka begini bunyinya: “Berkorban apa sahaja, agama ataupun negara. Itulah bukti kerjasama sehati dan saksama. Kepentingan umat sendiri tidak diingini, bahgia pengundi, itulah yang diharapi”.

Saya tidak perkauman. Saya bukan pejuang bangsa. Tapi saya ingin berjuang untuk kepentingan umat Islam –tanpa mengira bangsa- dalam masa yang sama memberikan keadilan untuk semua. Namun dalam acuan dan kerangka yang diajar oleh Islam.

Saya tidak pernah menafikan hak bukan muslim dalam negara ini. Islam mengiktirafnya. Tapi saya bimbang dalam keinginan ahli-ahli politik muslim untuk menjaga hati pasangan mereka, mereka melupai identiti diri dan masa depan umat sendiri. Hinggakan dahulu ada yang mengkafirkan orang lain kerana kerjasama dengan parti bukan muslim atau memangkah calon yang bukan muslim, hari ini dunianya pun sudah terbalik.

Sepatutnya fatwa itu ditarik dahulu, atau diberikan penjelasan semula agar tiada siapa yang akhirnya mengkafirkan dirinya sendiri. Bukanlah isu itu yang hendak dibangkitkan, sebaliknya nak menjelaskan betapa tsunami politik boleh mengubah banyak perkara. Itu mungkin biasa. Tapi jangan sampai menggadaikan diri kita semua.

Sekali lagi, saya tidak fanatik melulu. Tulisan dan pendapat saya sentiasa stabil tentang perlunya Islam ini digambarkan secara lunak dan murni kepada non-muslim. Namun kali ini saya ingin meminta mereka semua berfikir, atau pembaca saya menyampaikan fikiran ini kepada mereka. Kecenderungan sesetengah mereka di akhir-akhir ini untuk menuntut berbagai perkara, agak merisaukan.

Apatah lagi mereka tahu, rakan-rakan politik mereka dari berbagai aliran akan melayan demi kerusi kesayangan atau idaman. Setiap warga negara dalam naungan politik Islami, boleh menuntut haknya jika benar itu haknya. Namun tuntutan sehingga kepada peringkat menghakis identiti negara ini sebagai sebuah negara muslim, amat berbahaya.

Mereka janganlah menyangka bahawa orang Islam di Malaysia begitu tidak adil. Sehingga kononnya ingin menjemput bantuan luar. Kita tidak ingin membabitkan dosa luar di bawa ke mari. Jika kita ingin menilai berdasarkan pendangan luar, kita mungkin boleh bertanya; adakah umat Islam di India mendapat hak seperti kaum hindu mendapat hak dalam negara ini.

Di India, masjid mereka diruntuhkan, mereka ada yang dibunuh, dirogol, disiksa dan berbagai lagi. Namun pernah itu dijadikan sukatan dalam memberikan hak dalam negara ini? Tentu sama sekali tidak. Islam pun berpegang bahawa seseorang tidak menanggung dosa orang lain. Lihatlah layanan yang diperolehi oleh masyarakat muslim di China. Bandingkanlah apa yang telah diperolehi oleh kaum cina bukan muslim di negara ini pula.

Lihatlah pula minoriti muslim di negara-negara majorirti hindu atau buddha. Jikalaulah sukatan luar itu diambil sebagai penilaian, tentulah buruk natijahnya. Lihatlah Amerika yang menyeru kepada demokrasi. Pertempuran di Iraq, Afghanistan dan kebangkitan rakyat Palestin yang dizalimi menentang kekasihnya Israel, turut ditanggung oleh rakyat muslim yang berada di Amerika. Mereka dilayan dengan cara yang menakutkan. Adakah hal ini dilakukan dalam negara ini? Kita telah hidup dalam keadaan aman. Keamanan ini jika dikoyak, sukar untuk dicantumkan kembali.

Apabila Islam diberikan kelebihan dalam negara ini, itulah adalah perkara biasa. Ini kerana Islam adalah agama rasmi negara dan majoriti penduduknya menganut Islam. Inilah juga berlaku di India, Thailand dan lain-lain yang mengutamakan agama negara. Bahkan negara-negara yang memakai lebel sekular di Barat memberikan keutamaan kepada agama Kristian melebihi agama lain.

Tiba-tiba ada pihak yang menganggap keistimewaan yang diberikan kepada agama Islam dalam negara ini sebagai tidak adil. Malangnya disokong pula oleh yang mengaku muslim. Padahal ada agama tertentu yang telah mengkasta-kasta sesama penganutnya pun. Sehingga ke tahap yang –pada penilaian Islam- amat tidak wajar dari segi kemanusiaan. Sehinggakan kasta bawahan tidak boleh makan atau bergaul bersama kasta atasan. Itupun diterima. Tiba-tiba dibantah kelebihan yang diberikan dari segi perlembagaan dan kewangan kepada agama Islam.

Pun begitu, kita juga dalam masa yang sama menyedari bahawa ada perkara yang berhubung dengan hak bukan muslim yang perlu untuk disemak dan diteliti semula. Jika ada kecacatan tentang hak mereka, bukanlah salah ajaran Islam, jangan mereka mentohmah Islam. Mungkin beberapa kesilapan penganutnya atau pengurusan yang tidak tepat.

Percayalah, tidak ada agama dalam dunia yang begitu meraikan kebajikan bukan penganutnya seperti ajaran Islam ini. Lihat al-Quran menyebut: (maksudnya) “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 8-9).

Bahkan Allah menjamin bukan muslim dalam keadaan yang sukar dengan menyebut: (maksudnya):“Dan jika seseorang dari kalangan musyrikin meminta perlindungan kepadamu, maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke tempat yang selamat. Demikian itu (perintah tersebut) ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). Bagaimanakah dapat diakui adanya perjanjian (keamanan) di sisi Allah dan RasulNya bagi orang-orang musyrikin (sedangkan mereka mencabulinya)? Kecuali orang-orang (musyrikin) yang kamu telah mengikat perjanjian setia dengan mereka dekat Masjid Haram. Maka selagi mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus pula terhadap mereka; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa. (Surah al-Taubah: 6-7). Apakah ada jaminan dalam nas-nas agama lain terhadap umat Islam?

Apa yang menjadi masalah pada hari ini bukanlah ajaran Islam yang perlu dbimbangi oleh mereka jika dilaksanakan dengan penuh penghayatan terhadap asas keadilan yang menjadi teras agama ini. Apa yang menjadi masalah adalah sikap dan kelakuan sesetengah umat Islam itu sendiri yang tidak menunjukkan imej yang baik tentang Islam.

Saya pernah pun membangkitkan berbagai isu yang salah ditangani oleh orang Islam. Dulu saya pernah bangkit ‘isu bin Abdullah’, isu jawab salam, isu murtad dan berbagai lagi. Begitu juga saya kurang setuju kita merebut jenazah yang tidak ada bukti yang kukuh tentang keislamannya. Sehingga menimbulkan salah faham, atau mudarat kepada Islam.

Rasulullah s.a.w pun tidak menuntut jenazah Raja Habsyah iaitu Najasyi yang menganut Islam secara sembunyi dan mati di sana. Kerajaan Habsyah adalah kerajaan Kristian. Keislaman Raja Najasyi adalah secara sembunyi. Orang Islam mengetahuinya keislamannya. Di sering berutusan dengan Nabi s.a.w. Namun apabila dia meninggal, Nabi s.a.w. hanya bersolat jenazah secara ghaib (tanpa kewujudan jenazah) di Madinah.

Dalam hadis al-Bukhari: daripada Jabir r.a: Nabi s.a.w bersabda -ketika kematian Najasyi-: Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”. Para sarjana fekah mengulas berbagai alasan tentang solat jenazah ghaib ini. Antara mereka ada yang menyebut disebabkan jenazahnya tidak disolatkan di tempat kematiannya kerana berada bersama dengan orang Kristian.

Jika jenazah Najasyi yang sayangi oleh Nabi s.a.w lagi nyata muslim di sisi orang Islam Madinah apabila tiada keupayaan untuk menuntutnya dibiarkan tanpa dituntut, demikianlah jenayah muslim biasa yang tiada bukti yang jelas, maka bagaimanakah kita hendak terus menuntutnya? Allah Maha mengetahui keadaan setiap hambaNya yang mati.

Mereka bukan Islam juga hendaklah menghormati perasaan umat Islam dalam negara ini. Mereka hendaklah meraikan perkara-perkara yang boleh menimbulkan sensitiviti umat Islam. Menghina ajaran Islam; seperti mencerca atau mengutuk Allah, atau para nabi wajib dielakkan dalam apa bentuk sekalipun.

Demikian juga seperti meminum arak di khalayak ramai, memakan, menjual atau menternak babi secara terbuka dan seumpamanya. Walaupun hal itu tidak menjadi kesalahan bagi mereka, namun ianya sensitif bagi umat Islam. Mereka boleh makan dan minum di kalangan mereka tetapi bukan secara terbuka sehingga menimbulkan keresahan.

Malangnya dalam negara kita, umat Islam sendiri telah double-standard, arak dan babi keduanya diharamkan Allah, tapi cuma babi sahaja yang dijauhi, sementara arak diiklan secara meluas. Sedangkan nas-nas pengharaman arak lebih banyak dan tegas dari larangan memakan babi. Sepatutnya pemerintah di setiap peringkat –negeri ataupun pusat- dalam negara ini meraikan identiti negara ini, jangan sampai kita menjadi pengekspot babi ataupun arak.

Identiti Islam dalam negara kita ini dari beberapa sudut amat samar. Maka tidak hairan jika muslim dan bukan muslim semakin keliru. Sesetengah pentas kita berkata kita ingin menghayati Islam. Tapi akhirnya yang nampak hanyalah slogan dan kain rentang semata. Saya tidak maksudkan dengan identiti Islam itu pemimpin negara ini kena berserban dan berjubah, atau pakaian rakyat jelata ditukarkan kepada fesyen arab, atau dendangan nasyid di sepanjang jalan, atau diharamkan hiburan dan filem seperti yang dibayangi oleh sesetengah pendendang negara Islam tanpa kefahaman yang betul.

Tetapi saya maksudkan identiti negara Islam itu prinsip-prinsip Islam mesti dipertahankan. Keadilan, ketelusan, keamanan dan kemuliaan negara berdasarkan Islam. Semua perdagangan, pertahanan, pendidikan, alam sekitar, hubungan sosial dan selainnya mestilah dibina atas prinsip-prinsip mulia yang diasaskan oleh Islam. Jika ini berlaku, maka Islam akan difahami dan dipandang tinggi oleh bukan Islam. Jika tidak mereka keliru dan tiada penghormatan kepada penganutnya.

Saya tidak tahu di manakah identiti Islam bagi negara ini jika saya berjalan di Bukit Bintang? Di manakah gambaran keindahan Islam yang menjaga kerosakan akal, jika pusat-pusat hiburan kita penuh dengan manusia mabuk dan hilang akal? Jika sampai sahaja ke gerbang negara ini,kedai-kedai arak dijual terbuka. Apakah negara ini kelihatan amat mundur kerana tidak manusia mabuk? Apakah bukan muslim akan rasa begitu tertindas jika arak tidak dipamirkan secara terbuka?.

Saya tidak fikir mereka merasa begitu. Akhirnya kita menghadapi krisis identiti diri. Antara slogan Islam dan penghayatan yang dilaksanakan. Seperti seorang artis yang keliru antara ingin menjadi penyanyi atau menjadi super-man. Krisis identiti ini juga kadang-kala seperti seorang yang berjantina lain, tetapi berkecenderungan lain. Akhirnya ‘saudara’ pun tidak, saudari pun tidak. Maka akhirnya mungkin dipanggil ‘saudarai’.

Negara kita ini perlu menjelaskan apakah identitinya yang sebenar? Setelah dijelaskan maka senanglah untuk kita menbuat penilaian atasan tindakan. Saya lihat kekeliruan sarat berlaku kepada semua jenama parti politik yang ada. Tsumani politik telah merubah banyak identiti negara dan parti.

Monday

Analisis Pilihanraya 2008 daripada kacamata wangcyber.com

Default


Sebagai seorang yang tidak beparti, juga tidak mengundi dan juga seorang yang neutral; saya berpendapat antara faktor kegagalan kepada BN untuk mendapat majori 2/3 ialah:

1. Faktor Anwar Ibrahim
Pada mulanya, namanya tenggelam dan tidak langsung disebut-sebut di dalam media arus perdana. Hanya yang diperkatakan ialah keadilan adalah parti untuk individu tertentu dan juga pembangkang diperalatkan oleh individu tertentu. Namun, apa yang saya ketahui daripada rakan-rakan saya, ceramah yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim mendapat sambutan ramai sehingga mencapai lebih sepuluh ribu dalam sesuatu masa. Kemahirannya berpidato memang tidak dapat dinafikan lagi dan boleh memukau setiap orang yang hadir. Tarikh pilihanraya juga dikatakan ditetapkan agar beliau tidak boleh bertanding. Ini menjadi satu petanda yang beliau digeruni walaupun pihak BN mengatakan beliau sudah tiada tempat di hati rakyat. Dua tiga hari sebelum hari pengundian, nama beliau disebut-sebut di dalam media arus perdana sebagai pengkhianat negara, pertalian dengan barat, penyebab negara hampir bankrap dan banyak lagi. Sememangnya ini adalah nada yang sama semasa beliau dipecat daripada jawapan TPM yang dahulu. Ini telah membangkitkan gelora seperti luka lama berdarah kembali. Para penyokong beliau yang sudah lama duduk diam terasa bahangnya dan kembali geram lalu dinoktahkan dengan undi kepada pembangkang.

2. Faktor Mahathir
Tun Mahathir mempunyai pengikutnya yang tersendiri di dalam BN. Walaubagaimana teruk dia diperkatakan sebagai seorang tua yang sudah nyanyuk namun kredibiliti Beliau amat sukar disanggah. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dan kritikan beliau kepada kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi begitu kritikal dan tajam. Sekali-sekala dapat dilihat kritikan beliau yang boleh menjatuhkan terus PM namun padangan beliau masih lagi dapat ditepis. Namun, rakyat melihatnya sesuatu yang amat besar. Sedikit sebanyak rakyat berfikir bahawa jika orang yang sangat dekat dan memilih seseorang itu sebagai PM tetapi tidak dapat mempercayai orang itu lagi, adakah mereka perlu terus percaya? Sebenarnya, pihak pembangkang bijak memanipulasikan kenyataan Tun Mahathir bagi kepentingan mereka juga. Saya berpendapat Tun Mahathir berbuat demikian kerana padangannya tidak diambil endah setelah melakukannya secara tertutup. Lalu, beliau membuat kenyataan secara terbuka.

3. Faktor Abdullah Ahmad Badawi
Dipermulaan Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, imejnya sungguh sempurna. Beliau adalah cucu kepada TOk guru, seorang yang boleh menjadi imam, seoarang yang bersih, anti rasuah dan pembaziran. Itulah imej beliau di masa kemenangan besar BN di tahun 2004. Namun, imej beliau secara sedikit demi sedikit tecalar kerana pihak pembangkang telah memainkan serangan peribadi kepada beliau. Banyak risalah-risalah yang dikeluarkan yang menunjukkan beliau kuat tidur, memegang perempuan (Datuk Michelle yeoh) dan juga sebagai seorang Imam amalan baru, Islam Hadhari. Perkahwinan beliau dengan isteri yang tidak memakai tudung dan juga imej anaknya telah menyebabkan imej Imam beliau terjejas teruk.

4. Faktor Khairi Jamaluddin
Khairi Jamaluddin telah dikatakan sebagai individu yang menguasai PM oleh Tun Mahathir. Saya suka cara agresif beliau yang tidak memeperlihatkan watak sebagai seorang yang lembik seperti ketua Pemuda UMNO. Namun , beliau telah dikatakan sebagai seorang yang sangat angkuh dan sentiasa mengeluarkan kenyataan semacam beliau adalah orang yang sangat berkuasa. Walaupun latar belakang beliau agak menarik dan tidak dinafikan berhak diangkat sebagai seorang pemimpin namun, menantu Perdana menteri itu perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

5. Faktor harga barang naik
Ini adalah faktor nasional. Harga barang di sini bolehlah dikaitkan dengan harga minyak. Banyak papatanda yang menerangkan tentang harga minyak berbanding dengan negara-negara jiran namun ada yang mempersoalkan kenapa tidak dibandingkan dengan harga minyak di negara pengeluar minyak seperti di Brunei. Setiap tahun diwar-warkan bahawa Petronas telah untung berlipat kali ganda namun kenapa harga minyak semakin membebankan?

6. Faktor pendidikan
Kos pendidikan yang mahal, sekolah aliran cina dan peluang sama rata ke Universiti adalah isu yang dimainkan. Pihak pembangkang berjaya memainkan isu ini dan berjaya menarik pengundi cina. Pengundi cina diperkatakan sebagai amat sensitif dengan isu pendidikan.

7. Faktor jenayah
Kebanjiran pekerja asing dan dikatakan menyumbang kepada kadar jenayah negara juga menjadi isu utama. Kerajaan dikatakan gagal mengawal keadaan seperti kes Nurin dan juga Sharlini.

8. Faktor media arus perdana
Ramai mengatakan media arus perdana berat sebelah. Mereka sudah muak dengan keadaan itu. Apabila digembar-gemburkan perihal pemimpin pembangkang yang sentiasa mendapat publisiti negatif, kebencian semakin meningkat kepada media arus perdana.

9. Faktor tak nak keluar mengundi
Peratusan pengundian yang rendah sehingga 50% di sebuah-buah negeri yang BN kalah bukanlah disebabkan kerana faktor cuaca. Saya berpendapat mereka tidak ada semangat dan tidak mahu nenyokong BN. Pengundi hanya berdiam diri di rumah dan akan menerima sahaja apa keputusan yang dibuat. Namun, saya percaya ada yang menyesal pada hari ini setelah melihat keputusannya.

10. Faktor keselesaan
Majoriti yang besar pada tahun 2004 dimenangi oleh BN menyebabkan mereka tidak berasa gusar. Lihatlah! siapa yang sangka BN akan kalah di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Sebelum ini apa yang diperkatakan ialah merampas kembali Kelantan dan kalaupun adanya kejutan, negeri Perlis dan Terengganu sahaja yang mungkin bermasalah. Fokus adalah kurang kerana perasaan selesa ini lalu, BN tewas di negeri-negeri tersebut. Ada juga kerjaan negari yang "over-confident" seperti sasaran "PEMBANGKANG SIFAR 2010" namun mereka pula yang perlu menjadi pembangkang.

11. Faktor kerja kuat pembangkang
Setelah Terengganu kembali kepada BN dan Majoriti merosot PAS di Kelantan pada 2004,pihak pembangkang telah bekerja kembali kuat seperti tahun 1999. Hasilnya apa yang anda dapat lihat pada kali ini.

12. Faktor pembelaan kaum
Rakyat cina dan india merasakan mereka kurang terbela. Adakah mungkin kerana imej islam hadhari? Saya melihat kejadian seperti tuntutan mayat yang dikatakan beragama Islam dari keluarga bukan Islam menjadi isu yang amat sensitif di kalangan rakyat bukan Islam.

13. Faktor prestasi
Ada wakil rakyat yang dipilih tidak menepati kehendak rakyat di atas prestasi mereka. Ada bekas YB iaitu mertuanya yang didapati melakukan perkara yang menyalahi kuasa diketepikan namun menantunya dipilih pula. Bagi rakyat, ianya menunjukkan kronisme dan tidak dapat diterima.

14. Faktor simpati
Nurul Izzah iaitu anak kepada Anwar Ibrahim di suatu ketika dahulu di anggap puteri reformasi yang membela bapanya. Imejnya yang kuat bersemangat dan berani di ketika itu sudah cukup membuktikan beliau berhak dilantik sebagai YB. Mungkin ada undi simpati kepada beliau setelah apa yang dilaluinya selama ini di ketika bapanya di penjara.

15. Faktor dinasour
Contoh terbaik adalah YB di Sungai Siput yang memegang kerusinya semenjak 1974. Akhirnya ditolak rakyat pada hari jadinya.

16. Faktor dalaman
Ada perasaan yang tidak puas hati dengan pemilihan calon. Banyak calon luar diletakkan dan dipilih lalu tidak memperdulikan calon tempatan.Sebagai contoh ialah apa yang berlaku di Perak apabila calon Gerakan di letakkan di Lenggong yang sebelum ini, kawasan tradisi UMNO. Namun, sehari selepas itu, ianya diubah ke kawasan MB iaitu di Grik. Ini adalah contoh krisis dalaman namun ianya dapat ditangani segera. Ada maklumat yang mengatakan calon-calon di Lenggong membuat protes dan tidak menerima calon Gerakan. Mereka menyatakan hasrat menarik diri daripada bertanding jika calon Gerakan diletakkan disitu. Kemelut ini ekoran diatas dasar mengembalikan kerusi Bukit Gantang kepada UMNO agar M. Kayveas dapat bertanding di Taiping. MB Perak menitiskan air mata apabila mengumumkan pertukaran tersebut.

17. Faktor hindraf
MIC dinampakkan sebagai sudah tidak boleh diharap untuk memperjuangkan nasib India. Kebanyakkan undi India kepada pembangkang. Keadaan sungguh luar biasa apabila orang India dan Cina juga memakai t-shirt pas dan merayu undi untuk Pas di kawasan calon yang ditandingi oleh Pas dengan BN. Bendera- bendera Pas dipacakkan di perkampungan mereka. Mereka nampaknya tidak kisah menyokong sesiapa asalkan calon di satu pihak lagi itu melawan BN. Ini sesuatu yang amat mengejutkan dan hanya dapat dilihat pada pilihanraya tahun ini.

18. Faktor khabar angin
Banyak SMS dan Khabar angin dilemparkan seperti kenaikkan harga minyak lagi pada akhir bulan ini. SMS juga adalah satu penyebar khabar angin dan jenaka pilihanraya yang digunakan secara meluas sekarang ini. Antara SMS yang saya terima sekejap tadi ialah "SESIAPA ADA TERJUMPA SEORANG RAKYAT SELANGOR, RAMBUT PUTIH, BERLAGAK HANDSOME, BANGSA JAWA, RENDAH2, SILA HUBUNGI BALAI POLIS TERDEKAT.KUNCI PEJABAT MB ADA PADA BELIAU".

19. Faktor media alternatif
Media alternatif seperti blog dan laman web sudah menampakkan impaknya. Di saat-saat akhir pilihanraya, PM juga telah membuka laman web untuk mendekati rakyat namun masa sudah suntuk pada ketika itu.

20. Faktor sokongan kakitangan kerajaan
Kakitangan yang agak tidak berpuas hati kerana tiada bonus pada tahun ini mungkin memberikan undi protes kepada kerajaan. Ada yang menyokong pembangkang, buat undi rosak atau tidak mengeluarkan undi.

Namun begitu, saya agak khuatir dengan keputusan pilihanraya yang dikatakan tsunami ini kerana wujudnya dominasi tidak seimbang dan nampak seperti ke arah menghapuskan tradisi ketuanan politik kita. saya pasti akan mendaftar dan menyertai parti yang sudah banyak berjasa kepada saya. Kini, tiba masanya mereka memerlukan jasa saya pula. Ini hanyalah pendapat peribadi saya. Apakah pendapat anda pula?

Politik Dan Islam: Aplikasinya Di Malaysia

Oleh: Sheikhryz

Persoalan perkaitan di antara politik dan agama seringkali menjadi faktor percanggahan di antara para penganalisis politik dan para ilmuan agama. Ini kerana di dalam situasi semasa yang diselaputi oleh ketebalan fahaman sekularisme, seringkali kedengaran suara-suara sumbang yang mengagaskan pemisahan di antara politik dan agama.

Sejak bermula era kolonialisasi keatas negara kaum muslimin, fahaman pemisahan diantara agama dan politik menjadi semakin jelas kedengaran khususnya keatas para pimpinan tempatan yang terdidik diatas doktrin politik orientalis . Muhammad Asad (1980) di dalam karya nya yang berjudul “The principles of states and goverment in Islam” mengemukakan tesis betapa pemikiran umat Islam semakin condong kepada sekularisme dengan mengagungkan pemikiran-pemikiran politik yang terhasil akibat kekaguman kepada kebolehan penaakulan akal.

Islam secara teorinya merupakan sistem berkehidupan yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia baik dari segi ekonomi, sosial mahupun politik. Ia diwahyukan oleh ILLAHI bukan sekadar sebuah agama tetapi sebagai satu sistem ataupun cara hidup yang baik untuk manusia (Maududi: 1969). Analisis ini bukanlah sekadar andaian sahaja, tetapi turut dilengkapi oleh bukti-bukti yang sahih di mana Islam turut mengandungi elemen-elemen material seperti ekonomi, politik dan sosial. Sebagai contoh, didalam Islam umum sudah sedia maklum bahawa pemilikan harta peribadi adalah dibenarkan tetapi bersyarat iaitu dikenakan zakat yang bertujuan untuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat sekeliling. Namun, pasca perang dunia pertama menyaksikan penularan fahaman sekularisme hasil kerja intlek para orientalis yang menerobos ke dalam minda umat Islam lantaran kejatuhan sistem politik Islam global. Secara perlahan-lahan, umat Islam mula mempercayai doktrin pengasingan diantara agama dan politik . Buktinya, kita dapat melihat kemunculan beberapa kerajaan nasionalis dan sosialis di negeri umat Islam seperti Iraq yang diperintah oleh Parti Baath yang berpaksikan ideologi sosialis arab, Arab Saudi yang berpaksikan monarki konservatif dan Republik Rakyat Yamen yang suatu ketika dahulu berideologi marxisme.

Kemunculan pelbagai jenis pemerintahan di dalam kehidupan umat Islam ini adalah lantaran daripada racun orientalis yang sudah di indoktrinisasikan kedalam pemikiran uamt Islam. Syed Naquib (1985) menganalisis secara definitif bahawa, kebanyakan pucuk pimpinan negara umat Islam pasca kolonialisasi adalah terdiri daripada mereka yang berpendidikan sekular orientalis. Oleh kerana kerangka pemikiran pimpinan telah dijajah oleh idea-idea sekular, maka dengan suara yang lantang mereka turut mempertahankan pendirian pemisahan di antara agama dan politik. Jika ditelusuri di nusantara sendiri, polemik agama dan politik sudah tercetus sebelum kemerdekaan tanah-tanah jajahan kolonial, sebagai contoh ia dapat dirujuki melalui polemik diantara pemuka Islam Indonesia iaitu Mohd Natsir dan Sukarno yang berfahaman sekular . Begitu juga yang terjadi di Malaysia pasca kolonial di mana pemisahan agama dan politik begitu jelas sekali seperti yang diperuntukan melalui perlembagaan Malaysia, dimana perlembagaan Malaysia yang dirangka oleh penjajah hanya melibatkan seorang umat Islam iaitu seorang hakim dari Pakistan dan majoriti penggubal perlembagaan adalah penganut kristian sekular.

Esei ini bukanlah bertujuan untuk memperdebatkan penularan elemen-elemen sekularisme di dalam pemikiran politik umat Islam global pasca keruntuhan sistem khilafah Uthmaniah atau pertentangan tamadun diantara barat dan timur, tetapi lebih kepada menyelidik mengenai aplikasi Islam didalam politik Malaysia dimana terdapat pertentangan diantara pemikiran politik Islam dan sekular dari pelbagai sudut oleh para ahli politik Malaysia dan percanggahan pendapat akademik di antara intelektual mengenai aplikasi Islam dan politik didalam iklim politik Malaysia secara khususnya dan dunia Islam secara globalnya.

Sejarah Awal Kolonialisasi Minda Umat Islam

Revolusi industri yang melanda benua Eropah dikira sebagai salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi kegiatan kolonialisasi keatas negara-negara umat Islam. Tuntutan keatas bahan mentah dan peluang ekonomi telah menyebabkan pihak kolonial berusaha mencari tanah jajahan yang diharapkan akan menjadi ruang kepada pemasaran bahan-bahan siap dan seterusnya membekalkan bahan-bahan mentah untuk kegunaan sektor perindustrian. Syed Hussein (1974) melalui analisisnya berpendapat, di samping menguasai tanah jajahan demi keperluan kepada aspek material, pihak kolonial dengan progresif berusaha menguasai minda anak-anak tanah jajahannya dengan mengindoktrinasi idea-idea politik yang dianuti mereka agar kepentingan mereka akan tetap terjaga hatta selepas pemergian mereka daripada benua yang dijajah.

“ The Colonial has indoctrinate the mind of indegenious in its colony to be obey with their needs and ideology especially a mouslem. One of their biggest vision is to make sure that there is no Islamic Resistance movement after their departure from its colony. To make sure that there is no somekind of Islamic political thought, the colonial administrative has prepared its own leadership with same attitude and ideology” (Syed Hussein: 1974)

Pernyataan ini menjelaskan betapa, pihak kolonial telah menyediakan tapak pemikiran jumud yang hampir kepada ideologi anutan mereka kepada pimpinan tempatan yang akan menggantikan mereka selepas kemerdekaan. Hasilnya, ramai di kalangan intelektual politik yang berpendidikan barat ketika itu memperakui betapa perlunya diadakan pemisahan diantara agama dan politik. Perkara seperti ini terjadi diseluruh bekas tanah jajahan kuasa-kuasa kolonial seperti di benua Afrika, Arab dan Asia. Syed Husin (1981) didalam karya nya “The Malays: Their Problem And Future” dengan jelas menyatakan bahawa di setiap tanah bekas jajahan kolonial, segala aspek sistem sosial.

akan diubah mengikut piawaian barat kerana pihak kolonial mahukan anak-anak bekas tanah jajahan berfikiran sama seperti apa yang mereka fikirkan. Di Malaysia, dapat dilihat betapa para pejuang-pejuang politik yang berteraskan Islam diharamkan seperti apa yang menimpa wadah politik Islam tanah air iaitu “Hizbul Muslimin”(HM) . HM telah diharamkan oleh pihak penjajah British melalui ordinan darurat 1948 di mana para jemaah pimpinan nya ditangkap dan seterusnya parti ini diharamkan kerana didakwa bersifat militan. Perkara yang sama juga terjadi kepada parti politik Islam Indonesia iaitu Masyumi yang dipimpin oleh pemuka-pemuka Islam Nusantara yang tersohor seperti Dr Hatta dan M Natsir yang diharamkan oleh sukarno atas alasan bersifat militan. Pada dasarnya, kerangka pemikiran pimpinan tempatan yang mengambil alih negara pasca kolonial telah terjajah dengan corak pemikiran barat yang memandang Islam sebagai bersifat militan dan autokratik.

Iklim politik Malaysia pasca kolonialisasi juga memperlihatkan situasi yang sama dimana konsep pemisahan di antara agama dan politik sering diutarakan oleh pemuka-pemuka politik tempatan. Mereka yang terdidik dengan pemikiran politik barat sering memandang sinis kepada pemikiran politik Islam dengan mengatakan bahawa kesucian agama tidak perlu dicemar oleh kekotoran yang dibawa oleh politik (Syed Naquib: 1985). Pada hemat mereka, permainan politik adalah kotor dan tidak perlu kepada pengawalan moral oleh agama, sedangkan secara terang-terangan di dalam Islam politik dan agama adalah bersatu dimana agama bertindak sebagai panduan politik dan politik bertindak sebagai pelindung kepada agama. Kerangka pemisahan politik dan agama di Malaysia dapat ditelusuri melalui perlembagaan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan UMNO yang ketika itu menjadi wadah perjuangan politik bangsa Melayu. Ini kerana PKMM pada dasarnya sebuah parti politik yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip sosialis yang dilarutkan bersama ideologi nasionalisme manakala UMNO lebih senang berpegang kepada ideologi liberalisme yang dipacu oleh idea nasionalisme (Nik Anuar: 1999¬).

Pasca kemerdekaan Tanah Melayu memperlihatkan kemunculan pelbagai jenis parti politik dengan pelbagai jenis ideologi seperti nasionalisme, sosialisme dan marxisme. Terdapat hanya segelintir parti politik yang berjuang diatas paksi Islam. Ini berikutan implikasi dari momokan British yang mengaitkan Islam dengan ekstrimis. Semenjak pasca kemerdekaan Tanah Melayu, hanya parti UMNO sahaja yang begitu dominan didalam pentas sosiopolitik Malaya berikutan matlamatnya yang bertunjangkan kepentingan bangsa Melayu (Jamaie: 2005). Walaupun bertunjangkan ideologi nasionalisme bangsa Melayu, namun matlamat awal UMNO adalah memelihara kesucian agama Islam. Ini berikutan tafsiran perlembagaan yang mentafsirkan Melayu sebagai beragama Islam (Jamaie: 2005). Namun, selepas perjuangan UMNO diwarisi oleh pucuk pimpinan yang berpendidikan liberal barat, terdapat pelbagai usaha-usaha yang dilakukan untuk memajukan ekonomi dan politik Tanah Melayu pasca kemerdekaan yang secara teorinya bercanggah dengan syariat Islam dan mengakibatkan ramai dikalangan ahli biro agama UMNO bertindak keluar parti sebagai membantah tindakan tersebut . Peristiwa ini secara tidak langsunag mewujudkan polemik mengenai politik Islam di antara dua buah parti yang dominan di Malaya yang kemudiannya bertukar kepada Malaysia berikutan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963.

Secara teorinya aplikasi Islam dan politik di Malaysia telah melalui jalan yang berliku kerana melalui pelbagai rintangan yang besar didalam memartabatkan Islam di Malaysia. Ini terjadi lantaran halangan ideologi-ideologi sekular barat yang kuat tertanam didalam pemikiran pimpinan dan individu-individu di Malaysia. Ini terjadi lantaran dominan nya fahaman pemisahan diantara agama dan politik atau sekularisme di Malaysia yang sudah membarah di dalam iklim politik. Syed Naquib (1985) menegaskan, apabila umum mengakui terdapat pembahagian didalam agama dan politik, pada suatu masa nanti, akan timbul para pemimpin palsu yang akan memimpin umat dengan penuh dusta dan akan runtuh peradaban manusia suatu hari nanti kerana implikasi pembahagian diantara agama dan politik.

Pengaruh Islam Di Dalam Politik Malaysia

Islam pada dasarnya memainkan peranan yang besar di dalam pembentukan iklim politik di Malaysia. Ini dapat dibuktikan melalui penyertaan golongan ulama didalam kebangkitan kesedaran bangsa dari era dahulu. Sebagai contoh, golongan ulama seperti syeikh syed al-hadi dan sheikh Tahir Jalaluddin adalah antara golongan intelektual pertama yang mengagaskan peranan Islam di dalam politik (Jamaie: 2005). Penubuhan parti politik kebangsaan seperti UMNO juga pada dasarnya mendapat sokongan para ahli agama. Kerana ia berfungsi sebagai medium politik bagi orang melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

Terdapat ramai intelektual politik Malaysia adalah berlatarbelakangkan agama, seperti Dr Burhannudin Al-Hemy dan Profsessor Zulkifli Mohammad . Para intelektual inilah yang memainkan peranan yang besar didalam pengisian Islam didalam politik Tanah Melayu menjelang kemerdekaan (Jamaie: 2005). Namun, diatas sikap tidak mahu bekerjasama dengan pihak penjajah, para ulama ini telah disenarai hitamkan berbanding para nasionalis yang mengambil sikap bekerjasama dengan pihak penjajah. Terdapat ramai tokoh-tokoh agama yang turut terlibat di dalam kepimpinan Tanah Melayu pasca kemerdekaan tahun 1957 seperti Ahmad Badawi yang merupakan ulama tempatan yang terkenal didalam politik. Penglibatan golongan agama di dalam politik ini kerana mereka percaya bahawa tidak terdapat pembahagian di antara politik dan agama seperti yang difahami oleh para orientalis barat. Namun, permainan politik barat sedikit demi sedikit memisahkan ruang diantara peranan agama di dalam politik (Kamarulnizam: 2003), ini terjadi lantaran pihak barat telah menyediakan teraju pimpinan pelapis yang hampir dengan pemikiran politik mereka yang sekular. Ini dapat dibuktikan melalui barisan kabinet pasca merdeka yang rata-ratanya merupakan lepasan pendidikan barat yang terdidik dengan pemikiran politik orientalisme.

Akibat kontradiksi yang berlaku di dalam kepimpinan negara pasca merdeka, dimana berlaku pertembungan idea diantara golongan ulama dan para ahli politik berpendidikan barat, ramai di kalangan ulama telah keluar dari parti pemerintah dan menubuhkan sebuah parti Islam sebagai wadah memperjuangkan politik Islam (Kamarulnizam: 2003). Parti yang dimaksudkan ialah Parti Islam Semalaysia (PAS). Perjuangan politik Islam di Malaysia telah melalui pelbagai liku lantaran terpaksa bersaing dengan pelbagai pemikiran politik barat seperti liberalisme yang didukung oleh UMNO dan sosialisme yang didukung oleh Barisan sosialis. Namun, politik Islam mendapat sambutan yang menggalakan di negeri-negeri yang berpenduduk majoriti Melayu. Ini kerana terminologi Islam tidak dapat dipisahkan dari aspek budaya Melayu. Menurut Syed Naquib (1972), Islam dan Melayu tidak dapat dipisahkan kerana terdapat ikatan yang kuat diantara kedua-duanya dari segi budaya dan agama.

Penglibatan Islam didalam politik di Malaysia dapat dibahagikan kepada beberapa jangka masa. Era yang pertama ialah zaman pasca kemerdekaan, era pasca revolusi Iran dan era moden (Kamarulnizam: 2003). Ketika era pasca kemerdekaan, penglibatan Islam agak menonjol hanya kepada negeri-negeri yang majoriti Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Ini kerana, pemikiran politik barat seperti ideologi sosialisme dan liberalisme agak kuat mendominasi pentas politik arus perdana. Pada ketika era ini, politik Islam hanya berjaya mendapat tempat dikalangan para penduduk luar bandar. Namun, arus kebangkitan Islam yang benar-benar memberikan impak kepada pentas politik Malaysia hanya terjadi pasca revolusi Islam Iran pada awal tahun 70an, dimana timbul pelbagai gerakan Islam bukan sahaja parti politik, tetapi juga gerakan-gerakan dakwah seperti Al-Arqam dan Abim yang turut mendominasi pergerakan sosiopolitik Malaysia. Kamarulnizam (2003) menghujahkan bahawa, kesedaran Islam pada era ini adalah begitu hebat di mana setiap gerakan Islam mengambil inspirasi dari kejayaan revolusi Islam Iran.

Era yang ketiga ialah pasca peristiwa 11 september 2003 . Arus kebangkitan Islam yang terjadi adalah lantaran dari kesedaran umat Islam secara global tentang betapa perlunya kembali kepada pemikiran politik Islam dan kesedaran bahawa Islam dan politik tidak dapat dipisahkan samasekali didalam kehidupan. Kemunculan kejayaan gerakan Islam seperti AKP di Turki, Hizbullah di Lebanon dan Hamas di Palestin serta kejayaan Ikhwanul Muslimin menguasai hampir separuh parlimen Mesir memberikan inspirasi kepada gerakan Islam di Malaysia (Maszlee: 2006).

Realiti Islam dan politik di Malaysia

Di dalam Malaysia, aplikasi politik dan Islam agak kontroversi dan terdapat pelbagai polemik di antara dua parti dominan di Malaysia iaitu UMNO dan PAS berkenaan persoalan politikdan Islam. Kedua-dua parti ini mewakili bangsa Melayu yang secara rasminya menurut perlembagaan Malaysia adalah turut beragama Islam. Polemik yang tercetus adalah berkenaan dengan Islam didalam politik. Parti UMNO yang berpegang teguh dengan prinsip nasionalisme menyatakan adalah sesuatu yang mencemar kesucian Islam apabila digunakan didalam parti politik kerana menurut mereka, Islam dan politik tidak boleh dicampur adukkan (Jamaie: 2005). Namun realitinya, didalam Islam itu sendiri terkandung prinsip-prinsip politik. Kerana Islam bukan sekadar akidah, tetapi juga merupakan suatu sistem hidup yang lengkap mencakupi sistem ekonomi dan politik. Lukhman(1998), menghujahkan bahawa prinsip siyasah syariah itu sendiri mengandungi prinsip politik yang dipandukan oleh wahyu. Ini kerana menurut beliau, siyasah beretimologikan perkataan “yasusu” yang mana jika digunapakai kepada binatang ternakan membawa maksud membela dan memeliharanya, manakala jika digunapkai kepada manusia, ia membawa pengertian menjaga hal ehwal pentadbiran dan kepentingan masyarakat. Manakala siayasah pula dipandukan oleh wahyu iaitu syariah, yang bertujuan agar pemerintahan itu berlandaskan hukum ALLAH S.W.T. Ini sekaligus menolak hujah yang mengatakan bahawa Islam tidak boleh dicampurkan dengan politik.

Sistem politik di Malaysia yang sudah sebati dengan terminologi liberalisme, iaitu prinsip sekularisme didalam politik . Oleh itu, kebnayakan ahli politik di Malaysia pasca merdeka 1957 yang berpendidikan Inggeris, tidak memahami prinsip politik didalam Islam. Aplikasi prinsip sekularisme ini berlanjutan sehinggalah kepada pentadbiran yang terkini. Pada tahun 2003, Dr Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengistiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Namun perkara ini secara teorinya bertentangan dengan prinsip politik Islam itu sendiri. Ini kerana, pengistiharan tersebut sekadar menjawab polemik yang berlaku di antara beliau dengan Al-Marhum Dato Fadzil Noor berkenaan isu negara Islam.

Secara teorinya, pengistiharan tersebut adalah tidak benar sama-sekali, kerana ia bercanggah dengan prinsip Islam yang sebenar. Kerana perlembagaan Malaysia masih menyatakan Islam merupakan agama rasmi sahaja dan bukan terkandung didalam amalan pentadbiran negara. Lukhman (1998) menyatakan sumber perundangan dan pentadbiran Islam adalah berasaskan kepada Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias, manakala didalam perlembagaan Malaysia pula secara terang-terangan berpaksikan hukum pentadbiran sekular yang diceduk daripada sistem westminister di England. Ini secara tidak langsung menafikan pengistiharan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut.

Aplikasi Islam didalam pentadbiran politik di Malaysia secara amnya tidak menyeluruh dan hanya bersifat menjawab polemik politik sahaja. Sebagai contoh, kepimpinan Malaysia yang terkini, mengagaskan prinsip Islam hadari yang dikatakan sebagai aplikasi panduan kepada pentadbiran Malaysia. Prinsip Islam hadari yang mengandungi 10 tonggak, secara amnya merupakan usaha-usaha kerajaan didalam mempraktikan Islam kedalam pentadbiran. Namun, ia hanyalah satu retorik politik sahaja dan bukan aplikasi politik Islam yang sebenarnya. Ini kerana prinsip Islam hadari secara teorinya tidak mengarah kepada perlaksanaan syariah yang sebenar dan hanya merupakan ulangan kepada dasar Islamisasi ketika era Mahathir (Jamaie: 2005). Apa yang berlaku ialah, amalan sekularisme oleh pentadbiran terdahulu masih diteruskan.

Perlaksanaan Islam yang lemah di Malaysia juga mengundang kepada kesilan demi kesilapan kepada pentadbiran negara. Akibat dari pembahagian Islam dan politik, terjadi beberapa peristiwa yang mengoncang akidah umat Islam di Malaysia. Antara yang terbaru ialah gesaan penubuhan suruhanjaya antara agama oleh badan bukan kerajaan yang berpaksikan prinsip humanisme. Suruhanjaya antara agama (IFC) yang mendukung perkara 11(1) iaitu kebebasan beragama dikalangan rakyat Malaysia lantang menyuarakan usaha-usaha humanisme yang inginkan tiada gesaan dan kekangan didalam beragama di Malaysia. Usaha-usaha oleh jawatankuasa hak asasi manusia majlis peguam Malaysia dan pertubuhan agama-agama lain yang bukan Islam berusaha menaja penubuhan IFC. Implikasi kepada penubuhan IFC ini ialah, akan berlaku gejala murtad dikalangan umat Islam dan gesaan IFC agar artikel 121 (1A) yang melindungi kuasa mahkamah syariah agar dimansuhkan merupakan malapetaka kepada umat Islam. Akibat daripada umat Islam yang sudah terbiasa dengan prinsip sekularisme, ramai yang menyokong penubuhan IFC dengan alasan ia meupakan hak peribadi individu.

Jika dilihat secara ilmiah, peristiwa sebegini berlaku adalah kesan daripada kegagalan aplikasi Islam didalam iklim politik Malaysia. Ini bertepatan dengan peringatan oleh analisis Maududi (1969) yang menghujahkan betapa perlunya dibentuk perlembagaan negara yang berpaksikan kepada prinsip-prinsip syariah agar akidah umat terpelihara. Gesaan ini bukan bertujuan dari segi kepentingan politik sahaja, tetapi juga dari aspek akidah, dimana penggubalan perlembagaan dilihat sebagai melindungi kelangsungan Islam didalam negara. Selain itu, aplikasi Islam dan politik di Malaysia juga tidak selari diantara satu sama lain. Hujah yang jelas ialah tiada nya implimentasi syariah keatas rakyat. Ini kerana, Malaysia yang mengamalkan undang-undang sekular sama sekali tidak mengamalkan prinsip-prinsip syariah didalam pentadbiran. Akibat daripada ini, umat Islam sama sekali terdedah kepada kerosakan akidah dan moral akibat perlaksanaan hukum manusia yang mengatasi hukum Tuhan. Oleh itu adalah tepat samasekali analisis yang Malaysia tidak sama sekali merupakan sebuah negara Islam.

Pertembungan idea sekular dan Islam di dalam politik

Sejak dari era kemerdekaan Malaysia lagi, idea Politik Islam menghadapi pelbagai tekanan akibat dari pertembungan dengan idea-idea sekular yang menjadi tunjang kepada pentadbiran negara. Jamaie (2005) menegaskan bahawa, pihak pemerintah yang rapat kepada ideologi penjajah menekan pendukung-pendukung idea politik Islam dan ini dapat dilihat melalui pengharaman parti politik Islam yang pertama iaitu Hizbul Muslimin pada tahun 1948 di bawah ordinan darurat.

Pertembungan yang dimaksudkan ialah kontradiksi di antara idea-idea politik dan aplikasinya didalam iklim politik Malaysia. Sebagai contoh, parti yang menjadi teras kerajaan iaitu UMNO yang secara teorinya berpegang kepada ideologi nasionalisme sering dilihat berkontradiksi dengan aliran-aliran Islam yang lain (Lukhman: 1998). Pertentangan secara politik inilah yang menyebabkan pertumbuhan idea-idea Islam di Malaysia tertutup rapat. Ia turut menyebabkan ramai dikalangan intelektual Islam yang mengambil jalan untuk tidak melibatkan diri didalam politik,sebaliknya lebih selesa berjuang didalam gerakan-gerakan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM). Perkara ini terjadi lantaran pertembungan keras diantara aliran politik Islam dan sekular di Malaysia. Secara amnya, gerakan Islam didalam politik mula mencetuskan kesedaran kepada semua pihak selepas kejayaan revolusi Islam Iran, di mana semangatnya menjadi inspirasi kepada pertubuhan-pertubuhan politik untuk memulakan perjuangan memartabatkan prinsip Islam di Malaysia.

Turut tidak ketinggalan di dalam menerapkan islamisasi didalam iklim politik Malaysia ialah parti pemerintah iaitu UMNO. UMNO ketika era Dr Mahathir pada awal tahun 80an, telah melaksanakan dasar islamisasi ke atas politik Malaysia dengan penerapan beberapa elemen Islam didalam ekonomi, pendidikan dan politik. Antara strategi yang dilaksanakan ialah mengusahakan penubuhan Universiti Islam di Malaysia dan penubuhan perbankan Islam. Kemasukan tokoh Islam kontemporari ketika itu iaitu Anwar Ibrahim, telah menyemarak kan lagi idea perlaksanaan Islam di dalam politik Malaysia. Antara yang diperkenalkan ialah prinsip masyarakat madani, iaitu penerapan prinsip Islam didalam pembentukan masyarakat yang harmoni (Jamaie: 2005). Namun, perlaksanaan Islam di Malaysia sedikit tercalar dengan tercetusnya peristiwa berdarah seperti memali pada tahun 80an yang mana pertempuran keras yang berdarah kerana penentangan terhadap undang-undang keselamatan dalam negeri (ISA). Selain itu peristiwa operasi lalang turut mencemar proses aplikasi Islam di Malaysia, dimana ramai penentang kerajaan disumbatkan kedalam tahanan dibawah ISA (Kamarulnizam: 2003).

Perlaksanaan ISA yang secara jelas terbukti bercanggah dengan Islam telah menimbulkan kontradiksi diantara para pendukung Islam dan pendukung politik sekular . Perlaksanaan undang-undang ini yang jelas bertentangan dengan aplikasi Islam telah menimbulkan bantahan oleh ramai ulama dari seluruh pelusuk dunia (Kamarulnizam: 2003). Secara logiknya, perlukah ISA dilaksanakan di sebuah negara yang mengaku mengamalkan prinsip Islam?. Perkara inilah yang menjadi perdebatan dikalangan intelektual dan sarjana berkenaan aplikasi Islam di Malaysia. Hujah yang jelas ialah, penghapusan ISA perlulah dilakukan kerana ia secara jelas bertentangan dengan prinsip perundangan Islam yang menolak sebarang ketidakadilan dan penganiayaan kepada para pesalah. Perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan aplikasi Islam dan politik di Malaysia.

Secara telusnya, Islam di Malaysia tidak dilaksankan secara menyeluruh kerana masih terdapat ramai lagi pimpinan tematan yang tidak memahami prinsip politik di dalam Islam dan lebih terpesona dengan amalan politik barat yang sudah jelas tidak bertepatan dengan amalan Islam dan tidak mementingkan aspek moral didalam tatacara menguruskan negara.

Kesimpulan

Malaysia walaupun telah lama merdeka dari belenggu penjajahan, sebenarnya masih lagi terperangkap didalam kerangka pemikiran barat. Perlaksanaan Islam yang dilakukan di Malaysia adalah sekadar memenuhi retorik politik parti-parti politik sahaja tanpa ada apa-apa usaha positif kearah memartabatkan aplikasi Islam didalam politik negara. Namun, terdapat beberapa seperti dan pertubuhan yang giat berusaha memartabatkan idea-idea politik Islam di dalam pentadbiran negara.

Prinsip-prinsip Islam didalam politik sebenarnya telah dikambusi oleh idea-idea palsu sekularisme yang menjanjikan keharmonian, namun ironinya menimbulkan seribu satu kekalutan (Lukhman: 1998). Setiap usaha untuk memartabatkan Islam di Malaysia umumnya dan negara-negara Islam khususnya menerima tindak balas yang negatif daripada pendukung-pendukung ideologi sekularisme yang lain (Jamaie: 2005). Di Malaysia sendiri, walaupun terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh pihak pemerintah didalam memasukan elemen-elemen Islam ke dalam pentadbiran, hanyalah merupakan usaha-usaha dangkal, dimana prinsip sebenar Islam tidak digunapakai sebagai panduan didalam menjalankan pentadbiran negara. Prinsip-prinsip seperti Islam hadari, yang dilaksanakan adalah suatu idea politik sekular palsu yang dibaluti oleh label Islam demi untuk mendapatkan sokongan rakyat. Seharusnya, umat Islam patut kembali kepada ajaran Islam yang sebenar didalam memartabatkan maruah agama dari ditohmah oleh penganut lain.

Peristiwa-peristiwa seperti rancangan penubuhan IFC dan gejala sosial seperti murtad juga adalah hasil daripada implikasi menolak prinsip kesyumulan Islam. Pasca peristiwa 11 september 2003, memperlihatkan umat Islam ditindas dengan agressif oleh kuasa-kuasa besar dunia(Kamarulnizam: 2003). Apa yang dapat disimpulkan ialah, uamt Islam perlu kembali kepada ajaran-ajaran suci Islam dan mengaplikasikannya di dalam segenap aspek kehidupan agar maruah ummah dapat ditegakkan kembali dari penghinaan yang diterima selama ini.

Catatan

1) Dari sudut pensejarahan kontemporari, permulaan kemasukan doktrin sekularisme di Negara-negara umat Islam ialah selepas kejatuhan system khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1928 akibat kekalahan yang dialami pasca perang dunia pertama dan pemberontakan serta pengambilalihan kuasa pemerintahan oleh golongan Turki muda yang diketuai oleh Jeneral Mustafa Kamal Attarturk. Walaupun dicatatkan sebelum peristiwa tersebut, sudah banyak tanahair umat Islam khususnya di nusantara yang dijajah oleh pihak kolonial, namun para saintis politik bersepakat menyatakan tarikh kejatuhan sistem khalifah Uthmaniyyah sebagai tanda bermulanya penyebaran doktrin politik orientalis di seluruh dunia Islam khususnya di Timur Tengah. Maududi (1969) di dalam karyanya yang berjudul “Teori Politik Islam” menegaskan bahawa kemasukan proses doktrin politik sekular telah menyebabkan umat Islam berada di dalam keadaan lemah dan berpuak-puak sehingga merugikan umat sendiri. Sebagai contoh, hasil daripada penjajahan minda umat Islam akibat proses kolonialisasi, terdapat sebilangan umat Islam yang beranggapan penting nya pemisahan diantara agama dan politik melalui doktrin politik seperti nasionalisme dan liberalisme bahkan terdapat sebilangan ideologi politik yang menggalakan penyingkiran agama di dalam aspek kehidupan iaitu marxisme. Perkara ini mendorong umat menjadi atheis dan menolak peranan agama di dalam aspek kehidupan.

2) Kebanyakan ideologi barat samada sosialisme, liberalisme, nasionalisme mahupun marxisme menyokong kepada pengasingan diantara agama dan politik. Sebagai contoh, pelopor fahaman marxisme yang terkemuka Karl Marx dengan konsistennya menyarankan penghapusan peranan agama didalam kehidupan seharian. Didalam karya nya yang terkemuka “Communist Manifesto” beliau menyatakan betapa agama mengongkong minda manusia dengan peraturan-peraturan yang disifatkan membataskan kreativiti manusia. Melalui analisis dangkal ini, beliau menyimpulkan bahawa agama seperti gam yang mengikat semua manusia dengan peraturan-peraturan yang kuno dan kolot serta menyatakan bahawa agama adalah candu kepada masyarakat. Ini bermaksud, dengan peranan agama didalam politik manusia akan gagal mengaplikasikan kreativiti penaakulan minda ketahap yang maksimum lantaran beliau mengandaikan bahawa dengan adanya peranan agama di dalam politik, maka konsep penaakulan akal akan terbatas dimana segala aspek perlu dijalankan dengan batasan agama. Ramai di antara sarjana Islam yang menolak fahaman marxisme seperti Al-Qardawi yang menyatakan didalam bukunya “Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam” bahawa fahaman marxisme adalah berdasarkan kepada analisis yang sempit dan dangkal oleh orang yang kecewa dengan agama kristian. Namun, impak daripada fahaman marxisme telah meracuni minda sebilangan besar umat Islam seperti di tanah bekas USSR dan sebahagian besar pimpinan politik di negara umat Islam seperti Gamal Abdel Nasser yang memperkenalkan sosialisme versi Islam atau konsep “Istrakiyyah Islamiyyah” yang ternyata cedukan idea sosialisme barat yang sekular dan akhirnya gagal di dalam perang 6 hari diantara Israel dan Mesir dibawah Anwar Sadat (Lukhman: 0000)

3) Polemik di antara M Natsir yang ketika itu sama-sama ditahan di penjara bersama Sukarno jelas membuktikan betapa pemikiran pimpinan umat Islam dijajahi idea secular. Peristiwa ini dirakamkan melalui beberapa dialog melalui buku di antara M Natsir yang bertegas mahukan negara Islam sebagai bentuk negara Indonesia selepas merdeka, namun Sukarno yang berpendidikan barat dan pejuang Indonesia yang terkenal bertegas mahukan pemisahan diantara agama dan politik. Idea yang diceduk oleh Sukarno ini dapat dianalisis berakar-umbikan falsafah Mustafa Kamel Attarturk. Selepas merdeka, Indonesia dibawah pimpinan Sukarno memperkenalkan “Panca Sila” (Tiang Lima) iaitu aturan politik yang menjadi panduan negara Indonesia dimana idea ini adalah adunan idea-idea politik komunisme, sosialisme dan nasionalisme. Walaupun dimasukan sedikit elemen-elemen agama, namun sifat sekularisme lebih mendominasi panduan pemerintahan negara Indonesia.

4) Hizbul Muslimin merupakan parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu pasca perang dunia kedua. Dari aspek pensejarahan, Hizbul Muslimin diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang merupakan mudir (Pengetua) di Maahad Ehya As-Syariff di Gunung Semanggol. Hizbul Muslimin (HM) dianggotai oleh para ulama-ulama yang berpendidikan Arab dan mendapat sambutan yang meluas dari kalangan kaum melayu yang mendapat pendidikan Arab dan mempunyai kesedaran Islam yang tinggi. Sebagai parti yang berteraskan Islam, HM memulakan manifesto politik nya dengan mengajak orang ramai kembali kepada Islam dan mengagaskan penubuhan negara yang bakal merdeka berteraskan prinsip negara Islam. Namun, pihak British yang mengklasifikasikan HM sebagai militan kerana sifat radikal pimpinan HM yang megamalkan polisi untuk tidak berkerjasama dengan British (Maksud radikal di sini bukanlah bersifat ekstrimis tetapi lebih kepada berkeras dengan pendirian Islam yang jitu). Namun, HM tidak bertahan lama apabila ramai pimpinan nya seperti Abu Bakar Baqir ditahan dibawah “Emergency Ordinance 1948” atas tuduhan bersifat militan dan berniat menjatuhkan kerajaan penjajah (Qassim: 1994). Walaupun mendapat sokongan majoriti etnik melayu luar bandar, tetapi HM secara realitinya dikritik oleh para politikus melayu yang berpendidikan Inggeris kerana dianggap menyaingi pengaruh mereka terutama nya UMNO. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kenyaatan Onn Jaafar yang menyatakan akan ada “Dangerous From the Mountain” yang akan memberikan ancaman kepada komuniti iaitu ia ditujukan kepada pengaruh HM yang dilihat akan menyaingi populariti UMNO (Nik Anuar: 1999).

5) Peristiwa yang dimaksudkan ialah cadangan Presiden UMNO dan bendaharinya untuk memulakan penjualan loteri dengan tujuan mengumpul dana parti untuk menghadapi pilihanraya dan sekaligus menjadikan ia sebagai modal memajukan ekonomi Melayu (Jamaie: 2005). Pendirian Presiden UMNO yang ketika itu Tunku Abd Rahman yang terlalu bercorak liberal dan menceduk elemen-elemen British didalam pentadbiran nya turut mengundang kemarahan golongan ulama di dalam UMNO. Implikasi dari peristiwa ini ialah penubuhan Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) di Pulau Pinang pada tahun 1951. Kemudian nya PAS menjadi saingan yang terdekat kepada UMNO serta memulakan polemik politik Islam dan barat di Malaysia.

6) Dr Burhanuddin Al-Helmy merupakan Yang Dipertua Part Islam Semalaysia yang ketiga dan merupaka bekas ahli parlimen bagi kawasan Terengganu tengah. Beliau pernah ditahan dibawah ISA pada tahun 1964 ketika kemuncak konfrontasi diantara Malaysia dan Indonesia dan beliau juga merupakan pejuang Islam yang konsisten di dalam memperjuangkan kearah memartabat Islam di Malaysia dan nusantara. Manakala Professor Zulkiflee Mohammad merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS ketika dizaman Dr Burhannuddin memimpin PAS. Beliau juga merupakan ahli parlimen bagi kawasan bachok di Parlimen Malaysia (Jamaie: 2005).

7) Peristiwa 11 September 2003 merupakan titik jelas di dalam permusuhan politik diantara Islam dan Kristian dimana berlaku serangan keatas bangunan pusat perdagangan Amerika di New York. Implikasi daripada serangan ini, Islam telah dilabelkan sebagai pengganas oleh pentadbiran Amerika dibawah presiden Bush dan berlaku penaklukan keatas negara-negara umat Islam seperi Afghanistan dan Iraq (Kamarulnizam: 2003).

8)Liberalisme merupakan asas kepada pentadbiran Malaysia yang mula diamalkan semenjak dari zaman penjajahan British dan diteruskan oleh Pentadbiran Malaysia seterusnya. Melalui prinsip ini, pengaruh agama dikurangkan dan di lakukan pemisahan di antara agama dan politik di mana agama tidak berperanan dalam perjalanan politik negara.

TEORI PEMBELAJARAN

BEHAVIORISME KEPADA KONSTRUKTIVISME

BEHAVIORISME

1. Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.

2. Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman.

3. Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan.

4. Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.

KOGNITIVISME

1. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema.

2. Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima.

3. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau skema diubah suai.

KONSTRUKTIVISME

1. Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada.

2. Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir.

3. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya.

4. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Wednesday

10 WASIAT HASSAN AL-BANA

1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu. Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran. ... dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat... Juga di medan perang. Walaupun... Di saat genting dan cemas.


2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan... Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.

3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita... Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!

4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!

5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan... Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!

6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.

7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra' memberi tip kepada kita... Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.

8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah... mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat... apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.

9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan...! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.

10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana... Sabda Nabi s. a. w bermaksud : "Bertindak segeralah melakukan amal..." (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret... Tanpa haluan dan noktahnya..

Renung sejenak di mana sebenarnya kita. berakal atau tidak.

Beza antara manusia dengan haiwan ialah akal

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, tetapi berdukacita sekiranya berkurangan akal.

Sifat pemarah, suka melawan, melanggar peraturan, adalah perbuatan yang tidak berakal.

Dengan ilmu akal berpedoman. Tanpa ilmu kuranglah berakal.

Saidina Ali berkata Apabila sempuran akal, kuranglah perkataan. Bermaksud orang berakal tidak akan banyak bercakap lebih-lebih lagi dalam majlis.


Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya akal ialah jahil.


Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata.


Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya yang penuh keilmuan.


Akal yang sihat daripada badan yang sihat.
Untuk kesihatan akal perlulah dengan kesihatan badan.

Akal membina budi, membentuk budayawan, melahirkan ilmuan, membantu keimanan, meninggikan darjat

Akal akan menghalang manusia kepada kehinaan.

Akal ialah anugerah Tuhan. Akal tidak diberikan semata-mata. Akal perlu dituntun dan dicambahkan.


Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu, melatih diri berfikir, merenungkannya dan menghormati guru kita.

Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh membuat pertimbangan.

Renungkanlah .......

Akhir sekali satu renungan untuk anda semua - sebiji gelas tidak akan dipenuhi air dengan semburan yang kuat. Sebaliknya melimpah keluar tinggal separuh. Tetapi air yang meitis perlahan-lahan berupaya memenuhkan gelas itu tanpa melimpah. Begitulah dengan pelajaran ….. belajar sedikit secara berterusan lebih kesannya daripada belajar bersungguh-sungguh pada hari ini untuk peperiksaan keesokan hari. Sekian ......

Puisi Buat Sahabat

Sejenak di Alam Rumahtangga

Kata pujangga perempuan bagaikan angin

Lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang

Adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan

Adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.

Bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....

Tiba-tiba isteri merajuk, pandai-pandailah memujuk

Buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya

Teliti dengan hati yang terseni, rasional atau emosi ?

Andainya emosi, belailah emosi itu

Jangan cuba dihadapkan secara rasional

Kerana sidia tak akan terdaya

Mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik

Atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit

Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan

Sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa

Jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?

cuba gunakan sentuhan, semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?

Tunggu saja rajuknya reda

Emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan

Jangan digoncang...... buat selamba

Lambat laun, gelombang akan tenang

Air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....

Kalau ternyata, rajuknya berfakta

Masamnya berdata, geramnya berilmiah

Marahnya ada prima facie

Ini rajuk taraf tinggi namanya

Perlu ditangani berhati-hati

Kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima

Mengaku lalu berjanji serta berikrar

" Sayang abang tak ulang lagi "

katakan " Sayang....abang alpa "

bisikkan " Darling.. I lupa.."

Hulurkan tangan, pinta kemaafan

Pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda

perisanya masam tetapi...

Kalau kena cicahnya, enaknya akan terasa.

Ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh...

tiba-tiba isteri merungut

Malah kadangkala agak mengugut

Minta aksesori serta perabut

Minta Villa yang tersergam indah

Atau mahligai di lereng bukit

Sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya

Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya

Katanya " Seabadi permata....

segermelapan intan " ...

Sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.

Aduh...

Peritnya mengukur cinta

Dalam ukuran mayam atau menimbang setia

Menerusi Bursa Saham papan utama

Kasih isteri, turun naik

Mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri

diakan dulu pilihan kita ?

Semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji

Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita

Sudah takdir...

Permata yang dipilih perlu digilap semula.

Namun putus asa jangan sekali

Terimalah dia, dengan redha.

Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami

Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok

Luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras

Lembut tapi jangan reput.

Katakan ringgit bukan segala-galanya

Lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku...

Marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati

Marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci

Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya

Padamu isteri,istanamu, di hati ini

Padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh...

Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata

Usia meningkat kecantikan tergugat

Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus

Betis, tidak lagi bunting padi

Pipi, bukan lagi pauh dilayang

Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?

Jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body

Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.

Itulah cinta sejati.

Namun tidak salah di samping menyanjung budi,

Kita merampingkan 'body'

Kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat

Tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan

Tapi Tuhan Maha Penyayang

Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami

Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan

Sama-samalah merampingkan badan yang terlebih dikurangkan

Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh

Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa

Lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti

Moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti

Itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....

Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?

Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?

Kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah, baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri

Mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan

Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan

Salam Sahabat Sebagai Ingatan