Tuesday

KEDAH TUA

Latar Belakang

Kerajaan Kedah Tua muncul lebih awal daripada Kerajaan Melayu Melaka iaitu di antara abad ke-5 hingga abad ke-14 M. Bukti yang menunjukkan kewujudan Kedah Tua dapat dilihat apabila kuil, candi, patung dewa-dewi Hindu, barang tembikar serta peralatan yang digunakan pada masa itu dijumpai di Lembah Bujang.

Ciri-ciri

Kedudukan Strategik

Kerajaan Kedah Tua terletak di Lembah Bujang. Kawasan ini merupakan tempat yang strategik di mana ia merupakan pintu keluar dari atau masuk ke Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan yang penting pada masa itu. Kedudukannya ini membolehkan Kedah Tua menjadi sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan bagi kapal yang melalui Selat Melaka yang penting. Kerajaan ini berpusat di Kampung Sungai Emas dari abad ke-5 hingga abad ke-10 M dan pada abad ke-10 hingga ke-14M, kerajaan ini berpusat di Pangkalan Bujang.


Unit Bebas/Kerajaan

Mengikut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang dikarang oleh Muhammad Hassan Bin Dato' Kerani Muhammad Arshad, raja merupakan ketua kerajaan. Baginda dibantu oleh segolongan pembesar. Pembesar ini pula dibahagikan mengikut pangkat masing-masing iaitu Menteri Berempat, Menteri Delapan dan Menteri Enam Belas. Raja Kedah telah menerima pengaruh daripada India terutamanya dari segi kebudayaan dan pentadbiran.


Ekonomi yang Kukuh

Kedah terkenal sebagai pusat perdagangan. Hasil utamanya ialah bijih timah dan padi. Ia merupakan pelabuhan antarabangsa bagi kapal-kapal dagang dari India, Asia Barat dan China. Peranannya ini berlangxung sehingga abad ke-18. Selain itu, ia juga merupakan pelabuhan persinggahan bagi pedagang-pedagang Arab, China dan India. Kedah mempunyai sistem mata wang dan sukat yang sendiri. Sistem ini telah memudahkan lagi kegiatan perdagangan yang dijalankan. Sistem sukat yang mula digunakan termasuk kapal, kal, cupak, gantang, bahara, kunca dan naleh. Wang yang digunakan oleh Kedah dipanggil Tra (wang timah) dan wang lembu (wang emas). Wang timahnya berbentuk ayam jantan dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa manakala wang emasnya berbentuk lembu yang melambangkan pengaruh Hindu.


Agama

Sebelum kedatangan Islam, penduduk Kedah beragama Hindu dan Buddha. Bukti Kerajaan Kedah Tua ini menganut agama Hindu adalah dengan jumpaan arkeologi berbentuk kuil Hindu. Ia dipercayai dibina dalam kurun ke-9 M dan dipersembahkan kepada bijih Dewa, iaitu Raja Kedah. Apabila agama Islam berjaya bertapak di Tanah Arab, ia mula disebar ke merata dunia. Kini Kedah telah diislamkan oleh Sheikh Abdullah. Raja Kedah yang bernama Pra'Ong Mahawangsa (mengikut Hikayat Merong Mahawangsa) telah memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.


Prasarana

Kerajaan Kedah Tua mempunyai kuil-kuil yang dibina untuk menyembah dewa-dewi agama Hindu. Selain itu, pelabuhan dan pasar juga disediakan untuk pedagang-pedagang dari Arab, China dan India.


Penduduk

Di Kedah, penduduknya terdiri daripada Melayu, China dan India tetapi yang majoriti ialah kaum Melayu. Kaum China dan India ini pula merupakan pedagang-pedagang.


Tidak Ada Perpaduan

Di Kedah, selalunya berlaku perebutan kuasa antara putera sulung dan petera bongsu selepas kemangkata Sultan Kedah yang tua. Sebagai contoh, pada tahun 1724, perebutan kuasa yang sedemikian telah berlaku. Putera sulung telah mendapat bantuan Bugis manakala putera bongsu dibantu oleh Raja Kecil dan orang Minangkabau. Peperangan ini berlangsung selama 2 tahun dan ia telah memusnahkan perdagangan Kedah.