KESULTANAN MELAYU MELAKA
PENGASASAN KESULTANAN MELAKA
▶Melaka diasaskan pada awal abad ke - 15.Pada tahun 1391, kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit.Ini menyebabkab Putera Raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke temasik.
▶Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut iaitu Sang Aji Singapura yang merupakan menantu kepada Raja Siam,Parameswara telah bertakhta di Singapura.Namun,pada tahun 1398, Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura dan membuat kan Parameswara serta pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung Tanah Melayu.
▶Ketika Parameswara sampai di Melaka di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut "MELAKA" iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama MALAKA.
PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL

▶Parameswara membuka petempatan di Melaka,dengan menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.
▶Pada tahun 1403,seorang duta telah tiba dari negara China,iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara sebagai bukti pengiktirafan.Maharaja Yung Lo iaitu maharaja negara China dari dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar saudagar yang datang dari timur tengah seperti Arab dan Parsi.
▶Pada tahun 1405,utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China.Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan sebagai raja.
▶Pada tahun 1409,Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat2 kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara.
PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA

▶Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun.Sultan merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh sistem pembesar.
▶Sistem pembesar utama yang membantu sultan dalam mentadbir Melaka ialah sistem pembesar empat lipatan yang terdiri daripada bendahara , penghulu bendahari , temenggung dan laksamana.

▶Selain pembesar utama, sistem pemerintahan Melaka dibantu oleh pembesar 8,16 dan 32.
Pembesar empat dibantu oleh pembesar lapan manakala pembesar 8 dibantu oleh pembesar 16 dan 32.Pembesar 8 adalah golongan pentadbir yang penting dalam sistem pemerintahan kesultanan melayu Melaka iaitu syahbandar dan hulu balang besar.
▶Syahbandar merupakan pegawai pelabuhan.
Hulu balang besar pula menjalankan tugas sebagai panglima perang,ulama,mandulika,tentera,mantera,seri Bija Diraja,bentara,chetria,orang kaya dan bangsawan.

Pembesar empat dibantu oleh pembesar lapan manakala pembesar 8 dibantu oleh pembesar 16 dan 32.Pembesar 8 adalah golongan pentadbir yang penting dalam sistem pemerintahan kesultanan melayu Melaka iaitu syahbandar dan hulu balang besar.
▶Syahbandar merupakan pegawai pelabuhan.
Hulu balang besar pula menjalankan tugas sebagai panglima perang,ulama,mandulika,tentera,mantera,seri Bija Diraja,bentara,chetria,orang kaya dan bangsawan.

HUKUM KANUN MELAKA DAN UNDANG UNDANG LAUT MELAKA
