Saturday

KESULTANAN MELAYU MELAKA

PENGASASAN KESULTANAN MELAKA

▶Melaka diasaskan pada awal abad ke - 15.Pada tahun 1391,  kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit.Ini menyebabkab Putera Raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke temasik.

▶Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut iaitu Sang Aji Singapura yang merupakan menantu kepada Raja Siam,Parameswara telah bertakhta di Singapura.Namun,pada tahun 1398, Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura dan membuat kan Parameswara serta pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung Tanah Melayu.

▶Ketika Parameswara sampai di Melaka di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan.Parameswara menamakan kawasan tersebut "MELAKA" iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama MALAKA.


PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL

Related image


▶Parameswara membuka petempatan di Melaka,dengan menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa.

▶Pada tahun 1403,seorang duta telah tiba dari negara China,iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara sebagai bukti pengiktirafan.Maharaja Yung Lo iaitu maharaja negara China dari dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar saudagar yang datang dari timur tengah seperti Arab dan Parsi.

▶Pada tahun 1405,utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China.Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan sebagai raja.

▶Pada tahun 1409,Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat2 kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara.


PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA


Related image

▶Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun.Sultan merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh sistem pembesar.

▶Sistem pembesar utama yang membantu sultan dalam mentadbir Melaka ialah sistem pembesar empat lipatan yang terdiri daripada bendahara , penghulu bendahari , temenggung dan laksamana.


Image result for pemerintahan kerajaan melaka
▶Selain pembesar utama, sistem pemerintahan Melaka dibantu oleh pembesar 8,16 dan 32.
 Pembesar empat dibantu oleh  pembesar lapan manakala pembesar 8 dibantu oleh pembesar 16 dan 32.Pembesar 8 adalah golongan pentadbir yang penting dalam sistem pemerintahan kesultanan melayu Melaka iaitu syahbandar dan hulu balang besar.

▶Syahbandar merupakan pegawai pelabuhan.
  Hulu balang besar pula menjalankan tugas sebagai panglima perang,ulama,mandulika,tentera,mantera,seri Bija Diraja,bentara,chetria,orang kaya dan bangsawan.

  Image result for pemerintahan kerajaan melaka

HUKUM KANUN MELAKA DAN UNDANG UNDANG LAUT MELAKA

Image result for hukum kanun melaka dan undang-undang laut melaka

Faktor-faktor Kegemilangan Melaka



(i) Faktor Semula jadi atau Geografi
  • Kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsadan berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama, di benua India dan benua China.
  • memiliki kelebihan dari segi kedudukan 'di pertemuan angin monsun' iaitu Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya.
  • Kedudukan Melaka di Selat Melaka kerana selat ini ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedagang luar untuk kemana-mana destinasi . 
  • Kekayaan sumber asli hasil persekitaran dan hasil hutan .
  • Orang Melayu Pesisir memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil hutan . 
  • Emas dan bijh timah menjadi hasil sumber utama di Melaka . 
  • Kedudukan Semenanjung Tanah Melayu yang terlindung oleh Pulau Sumatera menggalakkan pertumbuhan plankton.

(ii) Faktor Ekonomi
  • Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil serantau seperti rempah, hasil rotan, kayu dan damar sebagai barang dagangan yang penting ketika itu . 
  • Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang maju . 

(iii) Faktor Politik dan Pentadbiran
  • Hubungan rapat antara Melaka dengan China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka dari ancaman Siam yang kuat ketika itu. 
  • Melaka mempunyai ciri keselamatan dan keentaraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokh kerajaan . 
  • Melaka juga mempunyai tokoh perbendaharaan yang tersusun, termasuklah sistem cukai dan jual belinya . 
  • Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan ( lingua franca ) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancar . 

Thursday

Manusia sering lupa
Lupa saat susahnya 
Bila hidup sudah senang
Lupa saat sedihnya
Bila dalam kegembiraan
Lupa saat kecewanya
Bila sudah beroleh bahagia
Lupa saat sengsaranya
Bila sudah dapat kemudahan
Lupa saat hinanya
Bila sudah disanjung
Lupa saat sepinya
Bila sudah dalam ramai
Lupa saat miskinnya
Bila sudah kaya raya
Lupa orang yang bantunya
Bila sudah terlepas kepayahan
Lupa orang yang pimpinnya
Bila sudah boleh berlari
Lupa orang yang mendidiknya
Bila sudah beroleh kejayaan
Lupa orang yang selamatkannya
Bila sudah terjamin keselamatan

Manusia akan selamanya lupa
Untuk hargai sebuah pertolongan
Apabila hidupnya semakin disanjung
Manusia terus lupa asalnya
Bila taraf hidupnya meningkat tinggi

Manusia tidak pernah sedar
Untuk ingat siapa dirinya
Bila telah terlepas bebas
Ingatlah orang lain
Hargailah orang yang lain
Yang pernah menolong
Walau cuma secangkir minuman
Saat diri sedang kehausan
Kerana lupa itu 
sangat mudah disebut
Tetapi ungkapannya 
penuh dengan kepalsuan

Saturday

Hanya Darimu Bonda

Bonda..
Andai peluhmu sewaktu menimangku dapat kuseka dengan rasa maafku..
Mungkin tak cukup walau diri ini memohon maaf atas segalanya..

Kenapa aku dulu begitu berani akan dirimu..

Bonda.. 
Setiap jejak langkah berat bebanmu ketika menjagaku..
Tak kurasakan sekarang dalam hidupku..
Masih pantaskah aku harus durhaka kepadamu.
Masih pantaskah aku harus mengatakan tidak akan permintaanmu..

Bonda..
Setiap nafas yang kau hembuskan, usaha berat engkau anggap ringan..
Hanya untukku, untukku agar tetap bertahan dalam sebuah kehidupan..

Bonda.
Sepanjang jalan dan tak akan pernah putus kasih sayangmu..
Namun dariku, hanya sepanjang galah yang terkesan semu..

Bonda..
Terimakasih untuk adamu..
Terimakasih untuk kasih sayangmu..
Terimakasih telah memaafkanku..
Terimakasih untuk kehidupan yang engkau usahakan untukku..

Bonda
sesungguhnya kini aku sangat rinduimu
aku rindu saat ada kamu
aku rindu serindu rindunya


Disini,
Didalam hatiku,
Masih ada rasa cinta yang seperti dulu 
Yang pernah ku berikan hanya kepadamu 
Dengan sepenuh jiwaku...
Tapi kini telah tiba saatnya 
Untuk ku ucapkan sebuah kata.. 
Selamat Jalan Wahai Cinta..
Sekarang & Juga Selamanya..
Kerana kini ku telah lelah,
Semua Harapan telah hilang sudah....

Monday

Sendu lagi.


Dalam jaga yang pejam.
Dalam sendu yang diam.
Dalam senyum yang hilang.
Ada bayang berlari dalam tenang.
Kamu.
Yang bisa membuat tawa ini panjang.
Yang bisa membuat air mata ini tiada perhentian.
Salah apa lagi kali ini?
Kurang apa lagi diri ini?
Kamu mencari yang lain untuk bicara.
Kamu mencari yang lain untuk meluah rasa.
Untuk saya berfikir sejenak.
Yang tinggal hanya tanda tanya.
Diam.
Tidak lagi mampu bicara.

Melangkah Pergi


Dalam kekalutan hati yang merintih minta di fahami.
Dalam gundah jiwa yang memekik minta segalanya berhenti.
Kasih Yang Esa hadir bersama belaian cintaNya.
Apa jua takdir yang bakal dilalui.
Apa jua hikmah yang bakal lahir.
Aku tunduk dalam syukur yang tiada akhir.
Di kala semua mahu menjatuhkan.
Di kala tarian irama kalian saya alunkan.
Di kala gendang kalian mulai bergema tanpa diam.
Aku masih di sini.
Mengucap syukur atas taburan dan palitan maruah yang tercalar.
Dalam yakin dunia tetap berputar.
Tiada henti tiada belas kasihan.
Aku bukan junjungan.
Bukan juga bunga suci di taman.
Namun aku masih percaya pada Tuhan.
Kuasa Yang Maha Esa.
Tiada batas perbandingan.
Jangan megah pada jiwa yang kalian calarkan.
Jangan takbur pada kuasa yang dicanang-canang.
Lihat sekeliling.
Yang menjulang tinggi rebah tanpa bantuan.
Yang menari riang kini terhenti tanpa getar.
Dan yang sentiasa menadah tangan bakal bersinar.
Moga Allah merahmati segalanya.
Cinta yang pernah aku beri.
Kasih yang pernah aku kongsi...
Kini kian terkubur sendiri.


Friday


Duka Rindu

jika ada yang terbaik buat cinta ini
aku akan lakukan apapun
meski aku harus menderita
andai aku bisa memutar balikan keadaan
kita tidak harus berpisah jauh

ketahuilah
karena hanya antara kita
hanya aku yang mencintaimu
hanya aku yang mengertikan
semua tentang rindu padamu
yang tersimpan dilubuk hati yang paling dalam

luka perih menyayat jantung hati
karena aku tak ingin terluka lagi
memendam rasa tapi tidak bagimu
hanya dengan keadaan yang memisahkan kita
tak akan aku biarkan kekecewaan merajalela

sungguh aku tak ingin ada air mata lagi
yang menitis membasahi pipi
hanya satu pintaku kepadamu kekasih
pergiku kali ini tidak mungkin kembali lagi
menagih cintamu yang tiada buatku
tunggulah waktu itu
saat kedukaan meliliti jiwamu
merangkul segala keinginan yang diimpikan

tahulah kekasih
saat lelah ku sudah tak mampu kubendung lagi
untuk terus biarkan jiwaku lara
kerana melihat ada yang lain
yang kau layan saban waktu
sedang aku terbiar menanti tiap waktu
mengharap aku kau perduli

aku kecewa benar denganmu
aku hanya menjadi barang permainanmu
perluku hanya tatkala kau susah
saat itu berkali aku kau cari
kau mohon bantu
aku kau ungkit sebagai punca terjadi susahmu
kau jadikan aku sebagai mangsa ugutmu
supaya kuterus ada lagi untuk sentiasa bantumu

kau silap sebenarnya kasih
aku ada sebab ku amat sayang padamu
ku amat cinta padamu sayangku
kini biar kau tahu
aku akan pergi tak kembali lagi
aku dah jemu dengan ungkitanmu
semuanya terjadi padamu kau salah aku
cukuplah sekian lama kucuba
memahami dirimu dan menyayang kamu
tapi rupanya kau tak pernah berubah
keras degil dan entah apa lagi

kau tunggulah
saat hidupmu akan makin parah lagi
kerana segala salah silap mu yang lalu
yang kau bubuhnya menjadi salahku
silapku cuma terlalu ikhlas nak membantumu
akibatnya aku pulak yang kau puncakan segalanya
muhasabah lah diri carilah kembali
mengapakah segala perit tak lepas lagi
jangan asyik pindahkan salah pada orang
bercakap seolah sentiasa redho ujian Allah
berserah semua pada Allah
tapi perbuatan masih jauh dengan Allah

saat ini
ku tak bisa lagi untuk terus mengharap
agar kau makin berubah
moga satu hari nanti saat tiada aku lagi
fikirlah muhasabahlah dirimu
carilah manusia lebih baik dariku
kut kalau kau jumpa lagi
yang sanggup susah payah
berkorban demi mahu membantumu
kerana ada aku tidak pernah dihargai
yang kau asyik sebut
akulah pemusnah hidupmu
aku dah jemu mendengarnya
keikhlasanku tidak kau sedari

sedarlah sayangku
sampai kapan pun kehujung nyawaku
cintaku takkan lupus padamu
aku tetap sayangkan dirimu selamanya
tapi untuk kali ini biarlah aku pergi
kerana aku tahu pergiku tidakpun kau peduli
tiadapun rasa kehilanganku wujud dalam jiwamu
malah mungkin telah lama kau tunggu
saat aku tiada lagi dalam hidupmu
moga perpisahan ini membawa berjuta bahagia untukmu


di sini
aku coretkan lagi
rasa hiba yang membungkam
menghiris pilu merobek sendu
jiwa laraku dipadang gersang

di sini
kulalui denai-denai kepedihan
meninggalkan jejak silam
yang pernah kupateri di jiwa
demi untuk menolong orang
akibatnya aku yang bersalah
aku yang dituduh pemusnah
penghancur segalanya

di sini
aku redho atas segala ketentuan Allah
segalanya kulakukan penuh ikhlas
penuh rasa simpati
penuh perasaan mahu membantu
ku korban segalanya untuk itu

di sini
aku hanyalah seekor lalat hina
yang mahu menolong sang bunga
dari diperdaya sikumbang durjana
tanpa kusedar diriku tak diterima
di manapun
lalat hina tetap diusir di mana-mana

di sini
aku sedar diri
aku tak seharusnya ada di situ lagi
menanti sang bunga wangi
menjemputku mencium harumnya
kerana aku rupanya hina amat
aku adalah perosak sampai bilapun
aku tidak layak untuk disanjung dipuji
layak aku hanya untuk diusir pergi

di sini
aku akan terbang menjauh
meninggalkan segalanya didaerah itu
biarlah tiada lagi lalat ini di situ
biarlah tiada lagi memori duka itu
terus meletakkan aku perosak segala
biarlah...biarlah...
aku tidak akan kembali lagi ke situ
untuk terus biarkan kuterus didendami
dan terus diperlaku bagai sampah
yang rupanya itulah layak untukku


Sunday

Kelebihan Syaaban & Malam Nisfu Syaaban

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen

Saturday

Setangkai Bunga Kasih Gugur Akhirnya

~

Bunga-bunga cinta kelayuan
tanpa siraman baja kasih 
tanpa benih rindu terucap
mengalas mimpi sendirian
menerpa jiwa laraku

hijab kasihmu memayungi
renjisan mawar menyirami
kelopak rindu yang kehausan
kekeringan, ketandusan
dalam jambangan cinta

di sudut rengkuhan dilema
rindu, menatap sendu ribaan
kasih, pergi tanpa menoleh
sedikitpun pada cinta yang
cukup dikau kagumi dahulu

diduga seribu kepedihan
rinduku dalam sepi, harungi
jua dalam terpaksa, meniti
arus cinta di pusaran kelam
dan suramnya kasih

tersayat bila kasih menyepi
menyorot derita berpanjangan
menghiris pilu dicengkam sayup
cinta yang dulu harum subur
punah jua akhirnya

cintaku cinta sejati, kasihku
bukan dibuat-buat, lahir dari
jiwa yang tulus suci, menanti
di hujung hari, namun tiada
kutemui

impian tinggal impian
yang hanya bisa kugapai
dalam imaginasi rindu terdampar
rebahku dipantai cinta tiada
bermaya lagi

dipersia cinta kesuma hati
tersisih daku di pelantara
rindu, di sisi kasih dianggap
menyusahkan, mengemis
tandu percintaan

bagaikan seri cinta tiada
bermakna, mengutus puncak
gemersik rindu berbalam
kasih terungkai di perdu kalbu
cetusan nurani kasih terabai
tersisih jauh dari sisimu...

'Setangkai Bunga Kasih Gugur Akhirnya'...

layu di tasik madu bersulam syahdu...

Sungai Cintaku Mengalir Lesu

 

Deruan aliran sungai kasih
mengalir lesu, disekat batu-bata
rindu, rerumput pun tunduk lesu
tanpa belaian, tanpa siraman
tanpa baja cinta

benih-benih cinta tanpa sentuhan
pasti kelayuan walau gerimisnya
hujan membasahi pelupuk rindu
rapuh jua di persisiran tepian
kasih yang ketandusan

renjiskanlah setitis madu kasih
agar pepohonan bunga rindu
berkembang, biarpun hanya
sekelumit cinta mengalir
sedikit demi sedikit

embun kasih di dedaunan
rindu kian terkulai dipetik
rakus kejam gugur sehelai
demi sehelai dari dahan
cinta nan rapuh

dipijak, digenggam hingga
hancur kasih yang terpatri
bersepai rindu yang terpendam
tiada lagi air mata cinta suci
di akarnya

berselerak rimbunan pohon
cinta, layu di batas rindu
kekeringan, kegersangan
tanpa kasih tempat untuk
bermanja

dipersenda dalam seloka
gurauan kasih, biarkanlah
tali rindu dihujani cercaan
dikeji, dihina kerana cinta
relaku bersemadi di sungai
kealpaan...

'Sungai Cinta Mengalir Lesu'...dalam kasihmu yang hambar...
Mengintai Kesuma Kasih

Persona kejora tersingkap jua
merebut seri kasih di hujung tirai
kesuma membisik lembayung
menyusup alunan syahdu 
di perdu aksara

renjisan kasih bersinar diufuk
memagar kembangnya rindu
mencoret lakaran tinta di birai
relung cinta, mengutus kalimah
azimat kerinduan

untaian bibit-bibit rindu dilafaz
tika kelemasan dalam kasih
merintis denai di pelupuk resah
membuncah hamparan cinta
dalam keasyikan

digelangi rindu di kamar usang
sendiri dalam cengkaman kalbu
meronai pelangi kasih terbias
dalam angan cinta di telapak
persada nafsu aroma

dipantai cinta mengukir istana
impian rindu di buai asa
menjejak kasih di penghujung
meniti lembah curam dalam
menggapai kejora

puing cinta berpaksikan setia
menanti sirna cahaya kasih
menghiasi awana bermegakan
redupan rindu mengusik jiwa
yang lara

akur janji bicara terucap jujur
dibelenggu renjatan rindu
mengemudi kasih di pelayaran
cinta, bertaut dalam ikatan
azimat keikhlasan

gedung rindu berombak pilu
di setiap detik nafas kasih
bertamu di ruang semu
bertaut cinta dirgahayu
lantera pupuk berkasih...

'Mengintai Kesuma Kasih'...cinta bersatu...

Sunday

terluah sekelumit rasa


kadang kala
kita merasa dekat sangat pada seseorang
tetapi tak tercapai tangan kita
untuk mengenggam tangannya...
kadang kala
hati kita merasa rindu sangat pada seseorang
tetapi hati kita selalu berkata-kata
aku takut untuk meluahkannya...
kadang kala
hati kita teringin sangat untuk bersamanya
tetapi hati kita sering berkata-kata
aku takut untuk mendekatinya....
kadang kala
kita ingin berseorangan
tetapi hati kita takut dalam kesunyian...
kadang kala
hati kita ingin mengambil berat
pada orang yang kita sayang
tetapi hati kita sering berkata-kata
aku takut untuk di salah ertikan....
rupan-rupanya...
kita memang berjauhan
yang tak mungkin tercapai tangan
untuk ku mengenggam tangan mu . . .

kini ku kirimkan hati ku...
sebagai pengganti diri
agar ia sentiasa dekat pada mu...
 agar persahabatan yang terjalin ini
kekal untuk selamanya...
walaupun diriku,
tidak akan pernah muncul di hadapan mu...
kerana ku tahu kehadiran ku ini
tidak pernah diharapkan oleh dirimu
aku hanyalah pengisi ruang waktu
yang kosong di dalam hidupmu
kerana ku tahu diriku masih lagi di sini
sebab pencarian mu masih belum ditemui
pabila satu hari nanti
kau temui orang yang kau suka
pasti aku ini tiada berguna apa-apa lagi
kerana itulah kehadiranku
untuk menemui mu
tidak pernah kau harapkan
malah beribu alasan kau lontarkan
agar jangan sekali kita bertemu
walau aku datang dekat benar pada dirimu
aku juga tahu
kehadiranku sering kau nafikan
laman sosialku sengaja kau buang
kerana laman sosialmu penuh pencarian
untuk seseorang yang hatimu mahukan
untuk agar aku tidak dapat tahu
segala rahsiamu di muka buku mu
aku faham dan sedar siapalah aku

cuma ku ingin kau tahu
pesanan ini khas buat mu
mungkin buat yang terakhirnya
ku tahu satu hari nanti
aku akan tiada lagi di dalam hidupmu
andainya saat itu datang nanti
pasti hatiku hancur luluh sekali
kerana pada diriku kau amat ku sayang
andainya aku terbuang nanti
ingatlah pesanku yang terakhir ini
jangan tinggalkan orang yang kita sayang
untuk orang yang kita suka
kerana orang yang kita suka
akan tinggalkan kita untuk
orang yang mereka sayang...
jangan cuba dapatkan apa yang kita sayang
tapi sayanglah apa yang kita dapat
kerana apa yang kita dapat
itulah yang sebenarnya menjadi milik kita
tetapi apa yang kita inginkan
belum pasti menjadi milik kita
walaupun teramat sayangnya kita pada yang kita suka


Thursday


HUDUD DAN BEBERAPA GAMBARAN SALAH
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Perbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.
 Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.
 Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya. 
Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.
Justeru itu, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:
“Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi/1407H)
Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau. Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat. Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang Allah hukum beliau di akhirat kelak. Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu Allah. Tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau ‘suruhanjaya rasuah’.
Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam. Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini. Muhammad bin Ka’ab al-Qurtubi apabila diminta oleh ‘Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya:
“Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau”.( Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H).

- Gambar Hiasan

Membezakan Jenis Jenayah
Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.
Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H):
“Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui”. (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah/1405H)
Hudud Dan Hak Privasi
Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privacy individu akan terganggu. Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang ‘spy’ dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”
Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut:
“Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan”. (http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.)
Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada ‘Abd ar-Rahman bin ‘Auf :
“Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat.
Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan ‘Abd ar-Rahman-: “Kau tahukah ini rumah siapa?”. Jawab: “Tidak”. Kata Umar: “Ini rumah Rabi’ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?”. Kata ‘Abd ar-Rahman: “Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: “Jangan kamu mengintip”. Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka”.( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi).
Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud. Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja. Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) :
“Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini” (Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990).
Membina Masyarakat Yang Pemaaf
Dalam perlaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa. Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw:
“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.
Lalu baginda membaca firman Allah: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).
Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.
Hudud Memerlukan Ijtihad Baru
Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira.
Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengantakzir (discretionary punishment).

Politik yang halang hudud, bukan perlembagaan

Harakahdaily,10 Okt 2011
KUALA LUMPUR, 10 Okt: 

Sikap negatif dan kefahaman yang salah menjadi punca mengapa tekad politik (political will) untuk melaksanakan hukum hudud tidak wujud di Malaysia.


Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari(gambar) ketika diminta menjelaskan halangan sebenar pelaksanaan undang-undang itu di negara ini.

Tambahnya perlembagaan tidak menghalang kerana tidak ada peruntukan yang menuju ke arah itu.

Sebaliknya, beliau menambah, jika perlembagaan dibaca dengan betul dan tidak prejudis hudud boleh dilaksanakan.

Pakar perlembagaan yang juga Felo Kanan IDEAS itu berkata sifat perlembagaan yang kononnya sekular itu pun tidak wujud.

"Tak mengapalah mereka boleh kata perlembagaan apa yang mereka mahu: sekular, taghut, anti-Islam dan sebagainya. Yang penting di dalam perlembagaan tidak ada peruntukan yang menyatakan perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan," ujarnya.

Ditanya mengenai Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Aziz berkata: "Peruntukan ini hanya mengingatkan kita yang segala tindakan dan undang-undang perlu akur dengan batasan perlembagaan. Pendeknya undang-undang, termasuk hudud, perlu dilaksanakan dalam kerangka dan skima perlembagaan.

Pada hakikatnya peruntukan yang didakwa mengkesampingkan Islam itu sebenarnya hendak mempastikan yang perlembagaan ini benar-benar berguna kepada semua orang sebab sekiranya perlembagaan boleh diketepikan maka ia tidak berguna. Itulah maksud Perkara 4(1)".
Dualisme
Mengenai isu diskriminasi dan dualisme dalam perundangan beliau menjelaskan: "Ciri ini sudah wujud lama di Malaysia; kita ada undang-undang sivil dan syariah dan kita mengambil pendekatan tidak mahu memaksakan hukum Islam kepada bukan Islam. Tetapi bagi orang Islam mereka tidak ada pilihan; mereka tertakluk kepada hukum Islam".

Aziz menegaskan pelaksanaan hudud tidak akan menjejaskan hak orang bukan Islam. Ini kerana ia hanya dilaksanakan di kalangan umat Islam sahaja.

"Tetapi apabila hudud tidak dilaksanakan ini adalah satu penafian hak terhadap umat Islam. Ini kerana perlembagaan - melalui Perkara 11(1) - menjamin hak umat Islam untuk menganut agama itu sebagaimana yang dituntut oleh syariat. Hidup di bawah sistem Islam ialah hak umat Islam yang tidak boleh dinafikan," tegasnya.

Mengulas mengenai bidang kuasa jenayah yang diletakkan di tangan persekutuan beliau berkata: "Kita perlu akur bahawa bidang kuasa jenayah di dalam negara kita ada dua; yakni sivil dan syariah. Manakala jenayah sivil adalah bidang kuasa persekutuan jenayah syariah adalah kuasa negeri".
Aziz berkata salah satu hujah untuk pendapat tersebut ialah bidang kuasa mengenai hukum syarak yang diletakkan di tangan negeri. "Kita perlu melihat isu-isu ini dalam konteks yang komprehensif; yakni dengan melihat keseluruhan kerangka dan skima perlembagaan", ujarnya.

Profesor undang-undang UIAM itu berkata mereka yang skeptikal dan anti-hudud sering mengambil pendekatan harfiah yang kaku dan pedantik. Jelasnya: "Dengan itu mereka kemudian menuding kepada bidang kuasa jenayah persekutuan dengan melupakan kenyataan bahawa hukum syarak adalah kuasa negeri dan ia ada konsep jenayahnya sendiri. Golongan anti-hudud juga membuat andaian bahawa Islam dalam perlembagaan kecil dan sempit; sesuatu yang tidak disebut oleh perlembagaan pun.

"Saya berpendapat oleh kerana perlembagaan tidak memberikan tafsiran kepada hukum syarak maka ini perlu dirujuk kepada hukum Islam yang sebenar. Dalam soal ini perlembagaan juga tidak menghalang. Saya berpendapat bidang kuasa itu harus dilihat dalam konteks hukum syarak dan bukan sebaliknya."

Aziz mengakui bahawa pandangan yang dikemukakan itu baru dan sebelum ini beliau sendiri berpendapat bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kecuali oleh persekutuan kerana wujudnya bidang kuasa jenayah tadi.

Boleh laksana tanpa pinda perlembagaan

Katanya perubahan pandangan adalah sesuatu yang biasa dan apa yang dikemukakan sekarang ialah penemuan baru yang memberi isyarat bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda perlembagaan.

Sehingga ini agak ramai yang mempunyai tanggapan bahawa pelaksanaan hudud memerlukan pindaan perlembagaan dan ini bermakna sokongan majoriti dua pertiga di parlimen.
Beliau menjelaskan apa yang perlu dibuat ialah pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah. "Saya berasa hairan mengapa parlimen membuat undang-undang atas satu perkara yang bukan miliknya", ujarnya.

Meskipun hudud adalah hak dan kuasa negeri beliau mengakui pelaksanaannya memerlukan bantuan kerajaan persekutuan.

"Bagaimanapun ini adalah satu tanggung jawab di sisi undang-undang dan kerajaan pusat tidak boleh membuat ugutan sebagaimana yang terjadi sebelum ini. Agensi-agensi seperti polis, umpamanya, mempunyai tanggung jawab untuk melaksanakan tugas mereka dan kerajaan pusat tidak boleh halang," katanya.

Aziz berkata sekiranya tafsiran baru ini terus ditentang maka apa yang Kerajaan Kelantan boleh lakukan ialah mengambil langkah-langkah perlu untuk melaksanakan dan terpulang kepada mereka yang menentang tadi untuk membawa isu ini ke mahkamah.

Beberapa tahun lalu bekas pemimpin Umno, Datuk Zaid Ibrahim, pernah membawa isu ini ke mahkamah. Bagaimanapun beliau kemudian menarik balik tindakan itu.

Bagaimanapun ketika Enakmen Hudud Kelantan diluluskan oleh Dun Kelantan pada 1993 semua Adun Umno dalam dewan menyokongnya.

HALATUJU KEPEMIMPINAN POLITIK MELAYU ABAD 21


Tidak dapat dinafikan bahawa politik memainkan peranan sejarah yang amat signifikan dalam proses kebangkitan sebuah negara-bangsa. Jatuh-bangun sesebuah negara-bangsa amat bergantung kepada halatuju kepemimpinan dan politik semasa.

Malangnya, perkembangan dan pergolakan politik negara secara langsung menunjukkan kepimpinan Melayu  sentiasa berhadapan dengan konflik dalaman yang tidak kunjung padam.

Politik Melayu Abad 21

Politik Melayu abad 21 tidaklah banyak berbeza daripada abad ke-20, bahkan semakin parah. Dari segi politik, Melayu kini sekurang-kurangnya terbelah tiga. Kalau dahulu politik Melayu hanya diwakili oleh UMNO dan PAS, kini muncul PKR sebagai alternatif. Melayu yang sudah bosan dengan UMNO dan kurang cocok dengan PAS telah memilih PKR sebagai alternatif.

Tahun 1998 adalah titik-tolak yang paling tragis dalam sejarah kepemimpinan politik Melayu. Pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika itu amat mengejutkan. Kalau dahulu kemelut politik melayu hanya berkisar di sekitar masalah kepemimpinan dalam UMNO, tetapi sejak tahun 1998, corak politik Melayu berubah dengan begitu drastik.

Walaupun sudah berlaku perpecahan di kalangan Melayu pada tahun 1987 apabila berlaku pertandingan jawatan Presiden UMNO di antara Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh sehingga membawa kepada penubuhan Parti Semangat 46, namun keadaan itu reda pada tahun 1995 apabila UMNO dan BN menang besar dalam PRU ke-9. Tetapi perkembangan politik pada tahun 1998 dan PRU 1999 memberi kesan yang besar. Kemenangan BN dan UMNO yang dilihat telah memadamkan gerakan REFORMASI yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim pada tahun 2004, namun realiti politik 2008 telah bertukar corak dan mewarnai senario politik Melayu di abad ke-21 ini.

UMNO dan BN  yang telah memerintah negara sejak kemerdekaan 1957 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. Politik baru menuntut ketelusan dan keadilan yang mementingkan rakyat dan pengundi mendapat tempat.

Akibat kekecohan yang ketara di saf kepimpinan Melayu dalam pelbagai bidang sama ada kepimpinan politik, ekonomi, sosial, budaya, korporat dan birokrat serta intelektual, kepemimpinan bangsa Melayu telah kehilangan tumpuan dalam memperbaiki nasib bangsa.

Di samping banyak retorik politik dilaungkan, kita juga menyaksikan tabiat bergimik dalam kepemimpinan yang tidak menguntungkan bangsa Melayu sendiri. Dengan aksi menghunus keris dan bertempik untuk mengisytihar perang ke atas bangsa sendiri, ternyata kepimpinan Melayu mudah dibuai emosi yang tidak terkendali.

Menghulur bantuan kepada bangsa yang terpinggir bukan dilihat sebagai sebuah amanah tetapi sekadar propaganda politik dan pembinaan imej untuk diperaga. Menjelajah di kawasan Melayu terlantar bukan kerana mahu merasai penderitaan dan mencari jalan mengatasi kenapa derita itu berlaku, akan tetapi kerana mahu dilihat merakyat dan prihatin kepada rakyat. Anehnya rakyat itu jualah yang sering dijadi bahan media untuk menunjukkan kononnya keprihatinan pemimpin yang beraspirasi tinggi bagi memudahkannya mendaki puncak kedudukan yang menawarkan keselesaan.

Pernyataan-pernyataan yang nampaknya lebih untuk menonjolkan diri dari benar-benar mengatasi masalah bangsa menyebabkan mada depan Melayu terus menghadapi ketidaktentuan.

Nampaknya masyarakat Melayu terbanyak sudah tidak lagi menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada kepemimpinan Melayu yang sedia ada, lantaran yang disaksikan dan dipekikkan ialah laungan dan retorik besar tanpa komitmen bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib bangsa.

Yang nyata ialah persoalan bangsa Melayu dalam pelbagai sektor kini sangat rapuh bila berhadapan dengan persaingan dan rempuhan global, sehingga banyak kepentingan bangsa  terpaksa diperjudikan hanya kerana pemimpin-pemimpin mencanangkan agenda peribadi dalam perlumbaan di pentas politik.

Pemikiran dangkal sesetengah pemimpin telah meletakkan bangsa Melayu dalam keadaan yang merugikan. Bukan kerana bangsa Melayu tidak mahu dan tidak mampu bersaing, akan tetapi akibat pemimpin yang tidak jujur dan hanya mementingkan kuasa dan kedudukan daripada soal memperbaiki nasib bangsa  Melayu terbanyak, telah menjadikan bangsa Melayu terus berada di pihak yang tersudut.

Sikap mabuk jawatan dan gila kuasa sering diperlihatkan dalam kelompok kepimpinan bangsa Melayu. Bukan asing lagi cerita politik wang, politik cantas-mencatas dan politik bunuh-membunuh,  menjadi watak politik bangsa melayu. Bahasa politik nampaknya mempunyai kamusnya sendiri yang tidak  mempunyai kaitan samasekali dengan nasib rakyat. Politik dianggap sebuah permainan, berparti politik dilihat sebagai medan bertarung merebut pengaruh.

Golongan kepemimpinan elit bangsa Melayu masih mempamerkan watak feudal yang sangat ketara sehingga yang menjadi keutamaan ialah untuk mendapat tempat di hati mereka yang berkuasa dan berharap akan membuka peluang untuk melanjutkan  cita-cita naik ke atas. Soal hak dan batil bukan menjadi pantang larang dalam kepimpinan bangsa. Awlawiyat siyasi (keutamaan politik) mereka bukan untuk perubahan tetapi untuk kantong masing-masing, bukan untuk transformasi bangsa tetapi untuk tengkorok peribadi.

Retorik Murahan?
Kini 2008 berlalu dengan sejumlah isu bangsa yang masih terus berpanjangan. Dengan kepimpinan Melayu di peringkat negara yang silih berganti dari peringkat negeri dan pusat, dari peringkat akar umbi sehingga korporat, yang nyata isu-isu yang mendepani bangsa Melayu semacam tidak berkesudahan. Apakah kita menghadapi suatu laknat bangsa yang tidak terawat lagi?

Perhatikan ketika mana bangsa Melayu melihat kampung halaman serta tanah milik Melayu ditelan pembangunan tahun demi tahun. Kepimpinan Melayu terus beretorik dengan pelbagai pengumuman. Malangnya penguncupan tanah milik Melayu terus meruncing.

Kini pembangunan terus dipacu yang melibatkan pengambilan tanah rakyat terus menerus di beberapa negeri melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Atas nama pembangunan projek mega, kawasan pertumbuhan ekonomi yang digelar pembangunan koridor ekonomi dijangka akan menelan lagi tanah yang umumnya akan melibatkan tanah milik Melayu. Dasar Tanah Negara masih belum mampu menyelesaikan masalah pembangunan tanah termasuk soal tanah wakaf Melayu.
Kes penyelewengan dan salahguna kuasa yang mengakibatkan tanah Melayu tergadai dan pindah tangan  kepada bukan cerita baru. Bertahun-tahun isu tanah Melayu diungkap dalam pelbagai forum dan persidangan namun ia terus tidak menunjukkan tanda yang menyakinkan bahawa orang Melayu akhirnya tidak akan merempat di negara sendiri. Sejauhmanakah peninggalan Tanah Rizab Melayu sehingga ke saat ini dan apakah ia benar-benar masih wujud seperti yang direkodkan?

Namun dari hari ke hari kita membaca berita projek-projek yang diumumkan untuk akhirnya mengambil tanah Melayu. Adakah pemimpin Melayu mengambil tahu dan secara serius menangani isu ini ? Dari apa yang kita ikuti , perbahasan di DUN dan Parlimen jarang kedengaran hal ini diungkit.

Demikian juga persoalan gejala sosial bangsa Melayu yang  bertalu-talu berlaku seolah-olah bangsa ini tidak mampu mengatasi masalah yang sangat jelas boleh di atasi, hanya jika pemimpin-pemimpin  Melayu bertegas.

Siapakah jika tidak pemimpin-pemimpin birokrat dan politik Melayulah yang mengeluarkan keizinan  KDN kepada majalah-majalah hiburan dan novel murahan, kebenaran menyiarkan acara hiburan yang tidak sesuai dengan budaya bangsa, keizinan rasmi untuk terus mengganjurkan konsert yang tidak habis-habis merosakkan adab pergaulan generasi muda, kelulusan siaran drama, filem dan acara TV  yang meninggalkan kesan negatif kepada nilai dan budaya hidup bangsa adalah sederet isu yang sebenarnya boleh diatasi dengan ketegasan pemimpin.
Akan tetapi sikap pemimpin Melayu yang umumnya bermahzab liberal dan berfikah plural inilah telah menggadai akhlak anak bangsa sehingga Melayu tidak lagi dihormati sebagai bangsa berbudi dan bersantun tinggi. Akibatnya perpsepsi bangsa lain terhadap bangsa Melayu pasti buruk dan tidak dihormati. Bercakap sahaja persoalan anak muda Melayu, bangsa lain akan mencemuh bahawa biarlah bangsa Melayu  terus bergelut dengan isu dadah, mat rempit, lepak, buang anak, penceraian, jenayah, maksiat, sumbang mahram, hiburan liar, pengangguran dan seribu satu masalah sosial.

Kelekaan Pemimpin

Ditambah semangkok lagi pemimpin-pemimpin media Melayu ternyata bukan sahaja berkesan dalam mendedahkan keruntuhan-keruntuhan sosial bangsa malah turut tidak rasa bersalah mempromosi gelagat budaya tidak beradab di kalangan golongan budayawan dan seniman Melayu.  Akibat kelekaan dan sikap tidak peduli pemimpin-pemimpin Melayu  dengan barah bangsa  ini, kita sudah mencapai peringkat kronik menunggu maut. Di tangan pemimpin Melayu jugalah lessen judi dan arak dilulus, konsert artis Barat  menggila diizinkan, filem budaya ganas dan lucah dipermisikan,  pusat hiburan dan segala khidmat social escort dibenarkan.

Sementara itu, bangsa lain termasuk pendatang asing  bertungkus lumus menguasai apa sahaja ruang  yang diperolehi untuk bertapak kukuh di tanah air ini. Statistik terbaru melaporkan 50% dari 200,000 hingga 300,000 pekerjaan baru yang dikatakan diwujudkan di negara ini dikuasai oleh pendatang asing. Apa sahaja pekerjaan yang ditolak bangsa Melayu akan  dikerumuni bangsa lain, apa sahaja kemahiran yang tidak diendah bangsa Melayu akan dikuasai bangsa lain.

Kini peruntukan kuota Melayu untuk institusi-institusi tertentu sudah mula didesak untuk dibuka atas nama meritokrasi. Atas alasan orang Melayu sendiri tidak dapat memenuhi syarat kecemerlangan akademik yang diperlukan semada dalam institusi awam, professional atau  teknologi,  malah termasuk perjawatan tinggi dan khusus dalam bilang keselamatan dan ketenteraan, maka bangsa ini akan melalui peminggiran-sendiri (self alienation) dalam tanah air sendiri.

Siapakah yang menggubal dasar ini, siapa yang merombak peraturan ini, jika tidak pemimpin politik dan birokrat Melayu itu jugalah!

Maka natijahnya sangat merunsingkan  kita, jika dihitung implikasinya dalam jangka masa panjang. Sepintas lalu sahaja kita dapat melihat kesannya sehingga ke peringkat sektor  kecil seperti kedai gunting rambut, tukang kasut, kedai bakeri,  bengkel basikal dan motor, pembuat kunci, pembuat bingkai dan pemotong cermin, memperbaiki tayar kereta, kedai foto dan fotostat, pembaik jam, pembuat pembalut kerusi kereta, bengkel besi dan lain-lain telah jauh dikuasai bangsa lain.

Adakah  boleh kita persalahkan  bangsa lain ketika pemimpin bangsa  Melayu sendiri tidak serius untuk memastikan generasi mudanya boleh hidup berdikari? Bolehkah kita menuding jari kepada orang lain jika ibu bapa Melayu sendiri yang membiarkan anaknya merempit pada malam hari, pemimpin Melayu pula bercakaran sesama sendiri (dari merebut jawatan ketua bahagian sehingga bercita-cita menjadi menteri), profesional dan korporat Melayu pula mengkhayalkan hidup mewah sementara anak-anak bangsa sendiri merempat sana ke mari mencari kerja di syarikat bangsa lain?

Keputusan Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini mempunyai seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan Singapura 45 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari. Tidak ada kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa
ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera dan polis, mereka menuntut Pulau Batu Putih sebagai milik mereka dan pelbagai
lagi milik bangsa Melayu yang sudah lenyap di tanah Singapura.

Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita mendapatkannya semula. Dalam tempoh akan datang, jika orang-orang Melayu tidak juga sedar bahawa mereka sekarang sudah hilang kuasa politik. Melayu sudah kehilangan kuasa tawar-menawar  (bargaining power) di tanah air sendiri.

Daripada 222 kerusi Parlimen, hanya 130 sahaja yang dikuasai oleh orang Melayu/islam. Ini bermakna bakinya sebanyak 92 kerusi lagi dikuasai oleh orang bukan Melayu. Sayugia diingatkan bahawa UMNO hanya menguasai 85 kerusi, PAS 23 kerusi, PKR 18 kerusi dan Bebas 4 kerusi Melayu.

Jika ada isu-isu yang memang melibatkan Melayu seperti hal agama Islam misalnya, sekiranya semua Ahli Parlimen Melayu bersatupun, jumlah 130 tidak mencukupi untuk menggubal atau mengubah undang-undang baru kerana Melayu tidak menguasasi 2/3 Parlimen. Jika dikira blok BN sahaja, jumlah Melayu yang diwakili oleh UMNO tidaklah sekuat mana. Sebab itulah orang bukan Melayu dikatakan mempunyai bargaining power yang lebih di Parlimen.

Tidakkah kita belajar pengalaman di Palestin, bahawa pada tahun 1947 Israel hanya menduduki kurang 10 peratus tanah orang-orang Palestin, tetapi pada tahun 2000, 80 peratus tanah orang Palestin sudahpun dikuasai oleh bangsa Israel. Di keliling Semenanjung Gaza telah dipasang tembok dan pagar berduri menyebabkan kebebasan hak asasi umat Islam Palestin terikat. Elektrik dicatu, hendak solat Jumaat berdepan dengan muncung senjata malah keperluan makanan dan pakaian menjadi amat sukar.

Sebab itulah orang-orang Melayu perlu sedar dan bangun dari tidur dengan kesilapan memberi undi kepada pembangkang terutamanya DAP. Mungkin ada pihak berkata kenyataan ini berbau perkauman, tetapi kita tidak sedar kain rentang parti DAP menyatakan “Undi MCA bermakna Undi UMNO/Melayu”, atau dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina mereka menulis “Undilah calon-calon Cina sahaja”.

Kita orang Melayu terlalu bertolak-ansur dan terlalu berlembut sehingga kempen-kempen seperti di atas walaupun berbau perkauman tetapi tidak ada tindakan diambil. Apabila orang Melayu menyatakan perkara yang sama, kita pula dituduh sebagai memainkan api perkauman dan dianggap racist, sedangkan semua itu permainan mereka untuk menjatuhkan kita orang Melayu.

Apabila mereka memainkan isu hak ketuanan bangsa Melayu dan umat Islam, pernahkah mereka memikirkan perasaan kita umat Islam. Mereka tidak pernah peduli apa itu OSA, ISA, ataupun Akta Hasutan sebab itu akhbar mereka bebas dan berani.

Fikir-fikirkanlah betapa ironisnya peribahasa lama yang menceritakan tentang kebebalan dan kedangkalan mentaliti seorang yang bernama Pak Pandir atau Lebai Malang dalam kisah persabungan ayam. Ayamnya menang tetapi kampungnya pula yang tergadai. Begitu juga dengan peribahasa lama yang menceritakan tentang kemarahan seorang yang bodoh sombong kerana marahkan nyamuk habis semua kelambunya dibakar.

Begitulah putaran hidup di dunia ini. Sketsa daripada cerita dan peribahasa
lama banyak membawa dan menterjemahkan kisah daripada kehidupan sebenar, Cuma kita tidak pernah mahu mengambil iktibar daripadanya. Yang lebih tragisnya ialah Melayu mudah lupa apa yang telah berlaku sepanjang sejarah.

Wahai saudara-saudaraku umat Islam dan Melayu, bangkitlah kamu semua daripada tidurmu yang diulit mimpi-mimpi yang lama. Bukalah mata kalian, lihatlah di sekelilingmu betapa selama 53 tahun ketuanan Melayu telah menjadi teras pemerintahan tanah warisan Melayu di Malaysia ini. Kini semuanya telah terhakis sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan hilang terus ditelan oleh kerakusan tangan-tangan Islam dan Melayu sendiri. Islam dan Melayu adalah satu golongan yang menguasai majoriti populasi rakyat di Malaysia ini tetapi kerana perbezaan wadah perjuangan politik kita menjadi berpecah-belah.

Perpecahan Melayu: Apa Kesudahannya?

Orang Melayu kini saling bermusuhan dari segi politik dan paling tragis lagi kita sanggup bersekongkol dengan kaum dan penganut agama lain bagi menjatuhkan saudara seagama dan sebangsa. Alangkah sedihnya umat Islam dan Melayu berpecah. Apakah puncanya?

Sekurang-kurangnya ada tiga punca utama perpecahan Melayu. Pertama, kepemimpinan yang menerajui parti yang diwakili oleh Melayu gagal mencapai kata sepakat dalam hal-hal penting. Ada penulis yang menganggap orang Melayu tidak bijak berpolitik. Bahkan ada penulis blog yang menyatakan “Melayu itu bodoh politik”. Tidak seperti orang Cina dan India, orang Melayu berpecah sehingga ke peringkat akar-umbi, termasuk di kampung-kampung.

Peluang perniagaan juga dimonopoli oleh pihak tertentu. Jika bukan dari parti politik yang sama, walaupun sesama Melayu, peluang mendapat projek amat tipis. Ini sudah diamalkan sejak sekian lama. Parti pemerintah dikatakan lebih suka bersekongkol dengan peniaga bukan Melayu daripada orang Melayu sendiri.

Kedua, perpecahan Melayu dimulakan oleh para pemimpin Melayu sendiri. Para pemimpin amat mementingkan kedudukan masing-masing. Terdapat perebutan jawatan hatta di peringkat pemilihan ketua cawangan sekalipun. Mereka menggunakan apa sahaja, termasuk politik wang, untuk memenangi sesuatu jawatan. Akibatnya apabila mereka sudah berada di puncak kuasa, para pemimpin seperti ini akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk kepentingan diri sendiri.

Rasuah sudah menjadi barah. Kalau dahulu rasuah hanya berlaku di kalangan orang politik, tetapi hari ini rasuah sudah diamalkan oleh sesetengah pegawai kerajaan. Paling malang, rasuah ini bukan sahaja dilakukan oleh pentadbir peringkat tinggi, tetapi sudah menular di kalangan pegawai dan kakitangan biasa. Untuk mempermudahkan sesuatu urusan, apalagi untuk mempercepatkan bayaran tertentu, sesetengah pegawai tanpa segan silu meminta habuan mereka. Bagi mereka wang RM500 atau seribu ringgit sudah memadai untuk menampung duit minyak atau insuran kereta.

Ketiga, perpecahan Melayu paling banyak disebabkan oleh ketidakpuasan hati terhadap seseorang pemimpin atau parti, selain melibatkan faktor ideologi parti. Para pemimpin parti dianggap mewakili parti masing-masing. Tuduh-menuduh akan berlaku. Di pihak kerajaan, semua yang dibuat oleh pembangkang adalah salah. Di pihak pembangkang, semua yang dibuat oleh parti pemerintah tidak betul.

Pertikaian politik ini merebak ke peringkat akar-umbi. Disebabkan perkara ini, masing-masing menjadi renggang. Orang parti A tidak berminat dan bbiasanya mengelak untuk berkawan dengan orang parti B. Begitu juga sebaliknya. Mereka hidup dalam kelompok dan cara masing-masing. Masing-masing akan mencari alasan tersendiri. Faktor pegangan agama, ideologi parti, sikap terhadap orang lain dan kepentingan diri menjadi asas kepada hubungan sesama sendiri.

Perpecahan ini biasanya sampai ke peringkat keluarga. Ada yang isterinya menyokong parti A dan suaminya menyokong parti B. Ada juga keluarga A tidak sehaluan dengan keluarga B. Begitu juga juga dengan jiran tetangga.  Perpecahan bangsa Melayu telah melampaui bidang politik. Ia sudah masuk ke sempadan perniagaan, pentadbiran, pendidikan dan sosio-budaya.

Apakah senario politik negara ini dapat diharmonikan semula? Tentulah ia tidak semudah yang difikirkan. Malang sekali, jika ada satu pihak cuba untuk berbaik-baik dengan pihak yang lain, ia ditentang habis-habisan. Semua isu telah dipolitikkan. Hatta isu kemalangan jalanrayapun menjadi isu politik.

Malang sekali Melayu seakan takut dengan bangsa lain. Pernah satu ketika heboh dikatakan pihak polis telah mendera seorang tahanan perempuan Cina dengan  menyuruhnya melakukan ketuk-ketampi sambil berbogel. Hal ini mendapat bantahan keras orang Cina. Apabila dikatakan perempuan Cina itu seorang warganegara China, kerajaan terpaksa meminta maaf kepada kerajaan China di Beijing. Tiba-tiba seorang pemimpin kerajaan membuat pengakuan bahawa perempuan itu bukan perempuan Cina, tetapi seorang perempuan Melayu. Isu ini ditutup oleh media begitu sahaja. Tiada bantahan dibuat oleh orang Melayu, sedangkan isunya sama.

Sampai bilakah Melayu akan bersikap apologetik seperti ini? Apakah ini bukan petanda Melayu akan pupus 50 tahun daripada sekarang?

Akhir kata,  wahai saudara-saudaraku umat Islam dan Melayu, bangunlah dan fikirkan nasib yang bakal diharungi oleh anak-anak dan cucu-cucu kita di kemudian hari. Jangan sampai mereka menyumpah di kuburan kita kerana kesilapan yang kita lakukan hari ini.